Connect with us

Viral

Nama Anak Tak Boleh Bin Bapa Kandung, Wanita Ini Dipandang Serong Tapi Rupa-Rupanya..

Setiap orang memiliki ujian dan jalan cerita yang tersendiri terutamanya bagi mereka yang telah berumah tangga. Kata orang, akan ada terlalu banyak dugaan dan cabaran pada 5 tahun yang pertama perkahwinan mengajar seseorang untuk lebih sabar.
Iospital phone repair gombak
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita bernama Iffah Nur Dini ini pasrah apabila melahirkan anak sulung tanpa suaminya Aidie Fitri, 27, di sisi kerana urusan kerja.

Memetik laporan mStar, suaminya mendapat panggilan rekrut polis sebulan sebelum bersalin dan terpaksa melahirkan zuriat tanpa suami disisi.

“Lapan bulan pertama mengandung suami ada di sisi. Namun ketika tempoh tinggal lagi sebulan nak bersalin, suami dapat panggilan untuk rekrut polis.

“Jadi dia tak ada waktu saya bersalin,” katanya ketika dihubungi mStar.

Malah dugaan wanita berusia 27 tahun ini tidak terhenti di situ apabila anaknya, Adlee Mustaqim yang dilahirkan pada 12 Disember 2021 tidak boleh dibinkan dengan nama bapanya.

“Saya dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak membenarkan ibu bapa lewat mendaftar nama anak. Jika tidak akan didenda. Saya tak nak banyak masalah, saya daftar sijil lahir anak tanpa kad pengenalan ayahnya.”

“Disebabkan tak dapat berikan kad pengenalan asal suami, JPN minta saya guna salah satu daripada 99 nama Allah. Bahagian maklumat bapa kepada anak saya terpaksa dikosongkan,” imbas Iffah.

Menurut Iffah, suaminya yang melapor diri pada 7 November 2021 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur hanya mengetahui tentang kelahiran anak pertama mereka setelah segalanya selesai.

Jelasnya yang kini menetap di Kelantan bersama suami dan anaknya, dia terpaksa membuat laporan di balai polis untuk memberi khabar gembira itu.

Katanya yang kini sudah berumah tangga hampir dua tahun, anaknya pada ketika itu terpaksa memakai nama sementaranya iaitu Adlee Khairul Mustaqim Abdul Rahman.

“Masa saya dah dekat hospital nak bersalin memang suami tak tahu apa-apa langsung. Dekat Pulapol memang tak boleh pakai telefon jadi saya kena buat report di balai polis sahaja untuk sampaikan berita saya sudah beranak.”

“Sepatutnya dia dapat balik tapi masa tu SOP masih ketat jadi dia tak dibenarkan pulang. Jadinya ‘perjumpaan’ mereka kali pertama hanyalah melalui panggilan video saja.”

“Selepas suami habis rekrut dalam tempoh lima bulan, barulah mereka dapat berjumpa secara berdepan dekat Pulapol. Kami pun sama-sama selesaikan segala urusan sijil lahir anak sama-sama dengan berikan segala bukti dokumen dekat JPN,” katanya lagi.

Setelah kira-kira sebulan menunggu, akhirnya segala urusan menukarkan bin suaminya kepada nama anak sulung mereka berjaya didaftarkan secara sah.

Video yang tular:

Continue Reading
Advertisement