Connect with us

Viral

“Sedihnya tengok..” Wanita Kongsi Kisah Anak Bulusnya Dihantar Boarding, Lepas 14 Hari Terus Rahang Patah & Buta

Pemilik haiwan peliharaan memerlukan servis ‘boarding’ atau penjaga haiwan jika mereka ada urusan kerja ataupun perlu berhijrah ke negara lain tanpa membawa anak bulus mereka.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, tahap keselamatan, kebajikan dan kesihatan anak bulus itu sangat membimbangkan apabila ada sahaja kes yang melibatkan kelalaian pusat servis boarding haiwan ini.

Sama seperti kisah yang dilaporkan di laman MStar baru-baru ini mengenai seekor kucing yang bernama Puma jatuh sakit dan cacat kekal selepas dihantar ke salah sebuah pusat boarding.

Difahamkan, Puma dihantar ke pusat boarding tersebut kerana pemiliknya bakal berangkat menunaikan umrah di Kota Suci Mekah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurfarah9959, Puma kelihatan mula memarahi staf di situ sedangkan Puma dikatakan tidak pernah mencakar orang lain.

Selepas 14 hari, akhirnya Puma diambil oleh Farah akan tetapi keadaan Puma dilihat semakin teruk.

Difahamkan, Puma diambil dalam keadaan struktur muka dan hidung Puma senget teruk. Lidah terkeluar dan air liur bersama lendirnya keluar dan semakin hari semakin banyak ianya keluar.

Apabila dibawa ke veterinar, Puma dikatakan dijangkiti Virus Leukimia.

Cadang ingin minta pendapat lain kerana berasa dirinya ditipu, Farah membawa Puma ke klinik lain dan dikatakan pula bahawa Puma sebenarnya mengalami kecederaan fizikal bukannya dijangkiti virus seperti yang dimaklumkannya sebelum ini.

Puma tidak boleh makan disebabkan rahang kanannya terkeluar dan rahang yang terkeluar itu pula dikatakan menghimpit saraf mata sehinggakan Puma buta kedua-dua belah mata serta taring kanannya juga patah.

Ekoran kejadian yang berlaku kepada anak bulus kesayangannya itu, dia telah pun membuat laporan pihak polis namun sia-sia sahaja kerana tiada sebarang tindakan diambil.

Oleh itu, Farah memuat naik kisah mengenai Puma di laman TikTok bagi menuntut pembelaan terhadap anak bulusnya itu.


Namun begitu, video terbaharu telah dimuat naik menyatakan Puma sudah pun mati dua hari selepas video tersebut dimuat naik iaitu pada 24 Disember yang lalu.

“Baru-baru ni hantar pergi hospital untuk cabut gigi yang goyang. Hantar empat hari sebab kena balik Johor Bahru ada hal keluarga.

“Doktor kata Puma tak nak makan dan menjilat makanan. Masuk air drip dua botol. Balik rumah Puma dah mula tak nak makan dan minum. Rahang pula dah keras punca tak boleh buka mulut. Bila bagi makan tak nak telan.

“Hari ni (Puma) menghembuskan nafas (terakhir). Semalam baru cakap Puma kalau nak pergi, mummy (Nur Farah) dan papa dah reda. Hari ni betul-betul ‘dia’ pergi. Selama ni ‘dia’ bertahan sebab nak saya cakap macam tu saja,” tulisnya di dalam video berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan nasib yang diterima oleh Puma dan berharap agar ada keadilan buat Puma dan pemiliknya itu.

Ada juga individu yang berkongsikan cara untuk mengemukakan laporan mengenai hal yang membabitkan kebajikan haiwan peliharaan mereka.

Antara komen netizen:

“walaupun dia HANYA lah seekor kucing. tapi dia sebahagian dari ahli keluarga dan terpahat kekal di hati. sayang dia sama level dgn anak². Allahuakhbar”

“rujuk kt persatuan animal malaysia.cari kt FB minta pandangan..dorg blh bg pandangan mcm mana..semoga terbela nasib si comel”

Video TikTok yang tular:

@nurfarah9959 Pray For Puma boarding 14 hari dlm keadaan sihat…ambil dalam keadaan patah taring kanan, rahang terkeluar dari otot muka, lidah terkeluar mulut terbuka dan rahang kanan yg bergalih menghimpit urat saraf mata menyebabkan kedua mata buta. #PrayForPuma #PecintaKucing #kucing #haiwanpeliharaan #haiwancomel #istimewa #persatuankucingmerahmalaysia #cat #penganiayaan #pdrm #catlove #Vetarinar #animalwelfire #kebajikan #myanimals #myanimals_love #welfare ♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Continue Reading
Advertisement