Setiap sekolah ataupun asrama sudah tentu memiliki garis panduan mereka tersendiri malah kita sedia maklum terdapat beberapa barangan yang dilarang untuk dibawa atas faktor keselamatan, kesihatan atau tidak mengganggu fokus pelajar ketika menimba ilmu.
Jadi tidak hairanlah jika pihak guru atau warden akan melakukan ‘spotcheck’ pada pelajar bagi memastikan mereka mengikut setiap peraturan yang telah ditetapkan.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru yang dipercayai merangkap penjaga pelajar-pelajar asrama sekolah telah membuat siaran langsung sambil melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pelajar asarama.
Namun apa yang melucukan adalah guru tersebut membuat rondaan di sekitar bilik sambil membaca komen-komen netizen yang memberi beliau tips dimanakah barangan terlarang seperti rokok dan telefon bimbit disimpan.
Netizen seakan menjadi ‘batu api’ dengan mendedahkan tempat persembunyian yang sering dilakukan pelajar seperti di bawah katil, di bahagian belakang tingkap atau di celah-celah almari kerana kebiasaannya disitu merupakan tempat mereka menyembunyikan rokok dan telefon bimbit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat guru yang mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh netizen malah netizen berseloroh mengatakan tentu pelajar ‘cuak habis’ kerana tempat persembunyian mereka kantoi.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter: