Menjual mangga asam boi di lampu isyarat atau ‘traffic light’ telah menjadi satu fenomena yang gempak di Malaysia semenjak 1-2 tahun kebelakangan ini.
Mungkin ramai antara pengguna jalanraya terutama dibandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia ‘perasan’ akan kehadiran mereka yang menawarkan jeruk mangga asam boi dijual dengan harga RM10 satu bekas atau satu balang plastik.
Pun begitu, tiada pekerjaan halal yang mudah, pastinya mencari rezeki merupakan perkara yang memenatkan apatah lagi dengan berniaga.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak kecil meluahkan rasa simpatinya melihat nasib seorang penjual jeruk mangga sambil menikmati susu botolnya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mstakmhmzh, bapanya sempat merakam anaknya yang sedang membebel ketika sedang menunggu lampu isyarat merah.
Apa yang lebih menarik, caranya bercakap dan berfikir sangat matang malah mempunyai rasa kasihan melihat keperitan orang lain.
“Siapalah nak beli. Aku bayar-bayar tiada pun orang. Kasihan dia. Panggil dia, panggil dia. Haaa bukak tingkap,” kata budak perempuan
Budak perempuan tersebut mengambil wang daripada ayahnya dan membeli mangga daripada penjual itu.
Dia kelihatan begitu gembira apabila dapat membantu dan meringankan beban peniaga terbabit. Wajahnya terpancar dengan kebahagiaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
“Terima kasih bang!” kata bapanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap yang ditunjukkan bahkan memuji didikan oleh kedua ibu dan bapanya.
“Happy dia dapat tolong abang tu. Dah lah comel, lembut hati pulak tu,”- Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga terhibur melihatnya yang petan berkomunikasi apatah lagi ketika memanggil peniaga tersebut.
Antara komen warga maya:
“Alahai comelnya anggun.. mudah kesian kat orang nih..”
“Adik kecik pelapis akan toong orang susah satu hari kelak..”
“Cerdiknya dia bang.. didikan dari parents yang terbaik..”
“Seronok Anggun dapat kongsi rezeki dengan orangg..”
Video yang tular di laman TikTok: