Lumrah kehidupan, taraf pendidikan dan pekerjaan sering kali menjadi kayu ukur buat segala-galanya bahkan ramai yang menganggap sesiapa yang berniaga ataupun bekerja dalam bidang FnB adalah indidvidu tnapa kelulusan pelajaran.
Tidak dinafikan, Sikap sesetengah masyarakat yang suka judge pekerjaan seseorang dapat menghidupkan sentimen negatif kepada generasi akan datang.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang remaja yang diperlekehkan oleh pelanggannya kerana bekerja di sektor F&B mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ohhlukhman, dapat kita lihat gelagat seorang remaja yang bekerja part time sebagai cashier di KFC.
Namun apa yang membuatkan ramai sakit hati adalah terdapat seorang pelanggan merendahkan pekerjaannya dengan menuduh pemuda itu malas untuk sambung belajar.
“Tulah tak belajar betul-betul jadi cashier FnB je lah”
Mendengar perkara tersebut, manager remaja itu sempat menjelaskan bahawa dia merupakan pelajar sepenuh masa dalam bidang kejuruteraan dan hanya mengambil kerja part-time di situ.
“Dia part time je miss & as a full time engineering student”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang suka merendahkan orang lain apatah lagi pekerjaan merupakan hak individu itu tersendiri.
“The great one manager, satu jawapan yang sangat profesional. Takde terus nak melenting” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga menyokong tindakan manager yang yang menegur danmemberikan satu jawapan yang profesional dan lembut tetapi sangat ‘makan dalam’.
Antara komen warga maya:
“Aku pernah, tapi selamba aku jawab ‘kenapa? kalau cik rasa kaya sangat, boleh la borong semua set yang kami ada, ni setakat datang beli ice choc je..”
“‘Buat panda ni umur berapa? oh 18 sebaya anak auntie tapi anak auntie diploma dekat uitm’ macam la aku tanya”
“Aku yang ada degree ni kerja reatil kerap gak dipandang rendah oleh customer.. tapi takpe janji kerja yang halal.. komitmen bulan2 tak minta orang..”
Video yang tular di laman TikTok: