Connect with us

Viral

“Sampai sekarang masih menggigil” Wanita Trauma Lelaki Tanpa Baju Tercegat Berdiri Depan Pintu!

Dalam kehidupan seharian, kita akan temui pelbagai jenis manusia. Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain lain malah kita sendiri tidak dapat menjangka apa niat sebenar mereka.
Iospital phone repair gombak
Benar kata orang, bahaya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Terkadang kita rasa rumah kita dah selamat tapi siapa sangka disitu pun boleh mengundang bahaya.

Sebab itu lah kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang buruk pada diri sendiri atau orang yang tersayang.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengingatkan penduduk di kawasan Presint 11, Putrajaya untuk peka dengan keadaan sekeliling selepas seorang lelaki yang tidak dikenalinya berdiri di hadapan rumah.

“Sampai sekarang masih menggigil ketakutan. Nampak macam dia dah lama aim rumah ni.”

Difahamkan dia dimaklumkan oleh jiran bahawa ada seorang lelaki tidak berbaju tercegat di depan pintu rumahnya.


Lebih cemas, dikatakan dikawasan tersebut terdapat banyak kes pecah masuk rumah membuatkan wanita ini takut sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Dengan meremang bulu roma turun, buka pintu. Nampak muka polis terus rasa nak nangis.”

Menjengah komen di Twitter, ada yang berkata lelaki tersebut dipercayai individu yang sama selalu datang makan di medan selera Presint 11 tanpa memakai baju.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement