Connect with us

Viral

“Tenanglah adikku..” Kongsi Detik Manis Bersama Adik Bungsu Sebelum Meninggal Dunia, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Sebak

Ajal itu rahsia Tuhan, tiada siapa yang tahu dan tiada sesiapa yang boleh menentukan akan bila ajal seseorang itu tiba.

Iospital phone repair gombak

Sewaktu kita teruja dan berasa seronok menyambut perayaan Tahun Baru, sememangnya kenangan pahit manis tahun lalu terpahat di minda masing-masing.

Sama seperti kisah seorang wanita ini, yang berkongsikan mengenai adik bungsu perempuannya yang bernama Zaidatul Hanadia Tarmizi yang sudah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 2 September yang lalu.

Baginya, tahun 2022 memahat detik duka buat dirinya dan juga seluruh keluarganya, lapor MStar.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hananitarmizi itu, telah dikongsikan detik terakhir adik bungsunya itu dengan memakai baju hospital melambai ke arah kamera.

“Kenangan 2022 yang paling pahit untuk kami sekeluarga. Hilangnya si bongsu. Kenangan kita di sepanjang hayat hang (kamu) sentiasa kami ingat.

“Tenanglah adikku dalam jagaan Allah SWT,” tulisnya dalam ruangan video yang tular tersebut.

Berdasarkan kenyataan Zaidatul Hanani yang merupakan pemilik akaun tersebut, arwah adiknya itu meninggal seawal usia 23 tahun selepas 9 hari terlantar koma di hospital akibat penyakit Para Tiroid.

“Masa umur 17 tahun, arwah sakit buah pinggang. Buah pinggangnya mengecut. Tapi dapat recover. Ketika umurnya 20 tahun, arwah sakit balik.

“Dia ditidurkan, kemudian proceed dialisis air dekat rumah. Juga recover dan nampak sihat. Dah boleh buat aktiviti harian cuma tak boleh buat kerja berat.

“Tapi tahun 2022, dia ada tiroid. Para Tiroid di leher. Kena bedah tapi keadaannya tak stabil. Doktor hold dahulu pembedahan tapi tak sempat bedah untuk tiroid tu, arwah dah ‘pergi’ dahulu,” cerita kakaknya itu.

Hanani turut meluahkan bahawa kata-kata yang pernah diucapkan oleh adiknya itu sebelumnya seolah-olah memberikan petanda akan tetapi ianya hanya disedari selepas arwah jatuh sakit.

“Dia suruh kami tidur ramai-ramai dengan dia dekat ruang tamu. Kami ikutkan saja… rupanya nak tinggalkan kenangan.

“Dia suruh ayah dukung tapi ayah sakit pinggang… tak dapat dukung dia. Ayah dukung juga buat kali terakhir (dalam liang lahad).

“Yang last sekali, mak tak bagi makan daging kambing sebab dia nak operate. Dia mengadu nak makan juga. Kami dua-dua orang naik motor makan kambing kat kedai. Curi-curi makan juga dia,” cerita Hanani mengenai adik bungsunya itu.

Hanani juga sempat memesan agar hargailah keluarga kita selagi mereka masih ada dengan kita, kumpul banyak kenangan bersama-sama.

“Apa yang ada depan mata sebaiknya hargai. Banyakkan melawak dengan adik-beradik. Jadi bila dah tak ada, kita tak ada simpan kenangan buruk dengan dia.

“Buat baik dengan orang yang kita sayang. Apabila kita tak ada, orang tak nampak buruk kita sebab yang baik kita dah ‘cover’ semua,” tambahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyampaikan salam takziah buat keluarga mereka sekeluarga.

Antara komen netizen:

“salama takziah buat keluarga akk.. sy fhm perasaan akk.. sy pn 2021. 2022 kehilangan 4 org tersayang”


“salam takziah… Al-Fatihah Semoga adik tenang disana..dlm sakit pon tetap risaukan maknya..anak yg solehah”

Video TikTok yang tular:

@hananitarmizi

Kenangan 2022yang paling pahit untuk kami sekeluarga. Hilangnya si bongsu. Kenangan kita d sepanjang hayat hang sentiasa kami ingat. Semoga tenang hg kat sana. 😭

♬ Sad Music – Max-Music

Continue Reading
Advertisement