Connect with us

Viral

Pandu Lawan Arus & ‘Sekolahkan’ Pemandu Lain, Aksi Pemilik Kancil Ini Buat Ramai Berang!

Isu pandu kenderaan lawan arus ini bagai tiada kesudahan. Bila diselidik dengan lebih dalam, rupa-rupanya pemandu berada di bawah pengaruh alkohol.
Iospital phone repair gombak
Kejam dan sangat mementingkan diri sendiri, bukan sahaja ia menyusahkan orang lain malah ada yang sehingga meragut nyawa insan yang tidak berdosa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah Perodua Kancil yang dengan selambanya memilih untuk melawan arus sekaligus hampir bertembung dengan kenderaan lain mengundang amarah ramai.

“Ingatkan keluar kereta nak ajak gaduh rupanya nak ajar orang bawak kereta betul tapi sebenarnya dia yang salah sebab nak pancung”


Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @isusemasaviral, pemilik Perodua Kancil itu bukan sahaja bertindak lawan arus bahkan sempat ‘mengajar’ pemandu selaku perakam dalam video ini laluan yang perlu dilalui bagi membolehkan beliau melalui jalan tersebut.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dengan sikap lelaki tersebut yang langsung tidak rasa bersalah seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan sedangkan dia telah membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter:

Ketika artikel ini ditulis, video pendek berdurasi kurang 60 saat ersebut telah pun meraih 9027 tontonan di platform Twitter.

Diharapkan orang ramai agar tidak mengambil mudah isu lawan arus kerana ianya boleh membahayakan nyawa sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain. Pandu dengan cermat, jiwa selamat.

Continue Reading
Advertisement