Sebut sahaja ‘watson’ pasti ramai yang tahu tentang kedai ini terutamanya kaum hawa. Kedai ini bukan sahaja menjual produk kecantikan malah ianya menyediakan produk kesihatan dan penjagaan peribadi.
Ramai yang beranggapan kedai drugstore seperti ini merupakan kedai yang ‘berhantu’. Manakan tidak, plan nak beli satu barang sahaja, tapi keluar dengan satu bakul!
Jika kita perasan, apabila masuk sahaja ke Watson, akan ada pekerja yang menyambut dengan senyuman sambil memegang bakul di tangan untuk diberikan kepada anda.
Terkadang, ramai yang menolak menggunakan bakul kerana barang yang ingin dibeli dalam kuantiti sikit atau saiznya yang kecil.
Namun siapa sangka, rupanya mereka bukan ‘busy body’ untuk mengikut anda. Sebaliknya pemberian bakul itu merupakan salah satu tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai KPI mereka.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh @pydot10 di laman Twitter, dia meminta agar pembeli tidak menolak tawaran bakul walaupun hanya membeli satu item sahaja.
“Jika korang pergi ke Watson, tolong jangan tolak memberian bakul yang kami berikan kerana ia berkaitan dengan KPI kami, walaupun korang hanya beli satu barang. Kami sangat gembira bila korang ambil bakul daripada kami.”
Daus memaklumkan bakul itu digunakan untuk mengesan berapa banyak peratusan pelanggan yang menggunakan bakul dalam sehari.
Namun dalam masa yang sama Daus sempat berseloroh agar pelanggan tidaklah ‘buang tebiat’ atau melakukan perkara yang pelik demi membantu mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen baru mengetahui perkara tersebut dan akan menggunakan bakul sekiranya berbelanja di Watson.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang meminta maaf kerana selama ini sering menolak pelawaan pekerja watson untuk menggunakan bakul.
Antara komen warga maya:
Ohh macam tu rupanya, min pun baru tahu, lepasni tak ada la nak tolak kalau staff watson bagi bakul hehehe