Connect with us

Viral

“Baru nak kesian..” Tunggu Anak ‘Shopping’ Lama Sangat, Ibu Bertindak Duduk Bersila Di Hadapan Kedai Raih Perhatian Netizen!

Sering kita lihat ahli keluarga yang sering menunggu di luar kedai apabila keluarga mereka ‘shopping’ sakan sehingga mengambil masa yang lama, bukan?

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok ini mengenai aksi seorang wanita warga emas duduk bersila di hadapan kedai.

Apa yang berjaya mencuri perhatian netizen ialah apabila wanita itu menyamar seperti peminta sedekah mencuri perhatian ramai.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik oleh @nxraly273 di laman TikTok itu, kelihatan wanita itu di depan sebuah kedai baju sambil menunggu anaknya yang dipercayai berada di hadapan kedai tersebut.

Tiba-tiba wanita itu terus berlakon menjadi seorang peminta sedekah sambil membuat isyarat seakan-akan meminta air minuman dan juga makanan.

Aksinya yang selamba sahaja duduk di hadapan kedai itu berjaya mencuit hati anaknya.

Apabila sedar bahawa gelagatnya itu dirakam, wanita itu terus tergelak malu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya mencecah 375K tontonan, 39.6K tanda suka, dan 647 komen di laman platform sosial berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen meluahkan bahawa mereka berasa terhibur melihat telatah wanita yang telatahnya ‘masuk air’ dan spotan itu.

Antara komen netizen:

“sy baru cakap “kesian mak cik ni lapar” tanpa baca caption 😂😂😂”


“Sungguh lhaa makcik nii buat hal lahh .. Kalo mak ak lahh buat lagu nii .. Terus xjadi shopping .. Moh ler kite balik ye mak 😂”

“hahaha ya Allah, comelnya lahhh makcik . kalau mak sy, dia dah hilang tah kemana . kita yg gelupur nak cari dia 🤣”

“haduiii mak sp lah yg sporting gl nie..acik sy doa kan acik sntiasa dbr kesihtan yg baik²..dn sntiasa dlm kasih syg allah..”

“sama mcm mak aku,sakit kaki jln dlm mall,aku ckp sana ada kusi ma,smpi2 org lain yg duduk dia tibai duduk tngh2 mall tu😂😂”

Video TikTok yang tular:

@nxraly273

Bila mak aku bosan tggu ank dia lama sgt shopping 😂😂😂

♬ bunyi asal – Watashiwa kawaii

Continue Reading
Advertisement