Berbuat baik sesama jiran memang amalan murni yang perlu diterapkan. Lagi-lagi kita yang tinggal di Malaysia bersama berbilang kaum.
Selain terkenal dengan makanan yang sedap, negara kita juga diketahui oleh keunikan etnik dan adat dari pelbagai bangsa.
Seperti yang tular minggu lalu, seorang lelaki mengambil gambar bersama jirannya yang dikenali sebagai Aunty Jessie.
Menurut lelaki bernama Ayien itu, wanita berkenaan merupakan ibu kepada gadis yang menyewakannya tempat parkir.
Disebabkan kontrak sewa parkirnya itu sudah habis, dia membelikan hadiah kepada Aunty Jessie sempena tahun baru dan mengambil gambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan
“Meet this lovely aunty Jessie, aku sewa parking dengan anak aunty ni yang duduk oversea.
“Hujung bulan 12 tahun lepas dah tamat kontrak parking dengan dia.
“Jadi aku decide untuk beli simple gift pada aunty Jessie as new year gift,” kata Ayien di Twitter.
Tak disangka-sangka, sifat baiknya itu menerima pujian daripada anak wanita tersebut malah dia terus menghubungi Ayien di media sosial.
“Cair hati saya dan saya rasa sangat terhutang budi bila tengok awak belikan hadiah untuk dia sempena New Year.
“Mak saya memang duduk seorang je untuk New Year ni sebab saya tak dapat balik.
“Terima kasih sangat-sangat, kami memang tak harapkan apa-apa tapi awak memang sangat baik hati,” kata wanita tersebut.
Ayien turut menganggap Aunty Jessie seperti ibunya memandangkan ibunya sendiri telah meninggal dunia hampir dua tahun lalu.
“Saya anggap hadiah yang saya berikan untuk aunty Jessie ni macam saya berikan untuk arwah mak saya sendiri,” kata Ayien.
Kasihan dengan kisah Ayien, anak Aunty Jessie kemudiannya mengajak Ayien untuk pergi ke rumahnya dan menjamu selera.
“Saya sangat bersimpati atas pemergian ibu awak. Saya sekarang sedang berada di United Kingdom.
“Saya akan balik bulan depan. Terima kasih sangat sebab buat aunty Jessie gembira.
“Kalau ada kelapangan masa, datanglah ke rumah kami, aunty Jessie mesti bersemangat nak masakkan untuk awak. Aunty Jessie pandai masak tau.
“Cakap je awak nak makan apa,” pelawa wanita itu.
Ayien pada mulanya menolak kerana enggan menyusahkan, tetapi wanita itu tetap mengajaknya datang melawat. Pun begitu, Ayien akui dia selalu menghidu bau masakan kari kepala ikan dari dapur Aunty Jessie sehingga membuatkannya terliur.
“Tak susahkan pun, kami semua memang sangat suka memasak. Dan kami juga berbesar hati bila tahu awak suka makan.
“Setiap kali kami memasak mesti kami akan masak lebih sebab kami ingat mungkin ada yang nak datang makan sekali.
“Tapi tak ada siapa yang datang sebab rumah kami jauh. Aunty Jessie pun selalu sedih sebab tak ada siapa nak makan makanan dekat rumah.
“Sekarang saya boleh cakap dekat dia tak perlu bersedih lagi sebab kita ada Ayien untuk tolong makan makanan kita,” seloroh wanita itu.
Ayien juga menekankan menerusi ciapan yang dibuatnya, jika berbuat baik untuk orang lain, ia akan kembali dengan cara yang tidak dijangka.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata terharu dan dapat merasakan semangat 1 Malaysia yang kuat melalui kebaikan yang ditunjukkan oleh Ayien.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Twitter
Ciapan yang tular di laman Twitter