Amalan bantu membantu merupakan amalan yang mulia dan patut diterapkan dalam kehidupan seharian kita.
Sesungguhnya amalan tolong menolong ini ternyata akan bantu untuk menyumbang keharmonian dalam masyarakat sejagat kita.
Sama seperti kes yang tular baru-baru ini di mana seorang lelaki telah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk membantu seorang rider penghantar makanan yang terjatuh dan tertindih oleh motornya sendiri.
Berdasarkan rakaman dashcam yang telah dimuat naik oleh pengguna akaun Facebook Mohd Syafiq, kelihatan sebuah motosikal tersadai di tepi jalan ketika sedang membelok masuk susur keluar lebuh raya.
Difahamkan apabila Syafiq menghampiri motosikal itu, isterinya telah menegur bahawa terdapat seseorang individu yang tertindih di bawah motosikalnya itu.
Maka dengan itu, dia segera memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dan segera bantu mengangkat motosikal tersebut yang telah menindih rider penghantar makanan tersebut.
Tidak lama selepas itu, seorang lagi rider penghantar makanan datang menghampiri kawasan kejadian dan turut membantu mangsa berkenaan.
“Ingatkan motor sahaja di tepi jalan, rupanya ada orang dekat bawah motosikal itu. Alhamdulilah abang GrabFood cedera ringan sahaja,” tulisnya menerusi suatu hantaran Facebook miliknya.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah pun mencecah 2K tanda suka, 128 komen, dan 41 perkongsian.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pengguna jalan raya tersebut yang prihatin membantu rider yang mengalami kesukaran akibat kemalangan kecil itu.
Antara komen netizen:
“Ya allah.. Perbanyakkanlah pahala org yg sentiasa membantu org lain ketika susah mcmni.. Terbaiklah abang2 semua.. Moga murah lg rezeki korang.”
“Alhamdulillah.. Terima kasih & respect tuan membantu.”
“Alhamdulillah mudh2 mnjadi asbab abg selamat dunia akhirat…maybe dia pitam yela cuaca terlmpau panas skrg ni”
“Terima kasih kpd yang membantu…Semoga dipermudahkan segala urusan abam grab dan abam yg tolong tu…”
“Alhamdulillah rider cedera ringan sahaja… Semoga dipermudahkan segala urusan & dimurahkan rezeki pada mreka semua yg ada dlm video tu.”
Video dashcam yang tular: