Pelbagai kejadian aneh yang berlaku kebeakangan ini dan ianya sempat dirakamkan sehingga tular di merata-rata platform sosial.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana sebuah kereta Perodua Kancil dikatakan bergerak secara mengundur di sebuah persimpangan lampu isyarat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @AsyrafRosli_ di laman Twitternya, kelihatan Perodua Kancil tersebut bergerak secara mengundur dari sebatang jalan sebelum berhenti di lorong yang bersebelahan dengan persimpangan lampu isyarat tersebut.
Difahamkan, kereta tersebut bergerak seiring dengan kenderaan lain apabila lampu isyarat sudah mulai berwarna hijau.
Apa yang peliknya, dengan selamba kereta tersebut dipandu secara terbalik dan kemudian memasuki kembali ke lorong asal.
Berdasarkan video berkenaan, kereta itu dipercayai telah memberikan lampu kecemasan sebelum memberhentikan keretanya di laluan kanan lorong tersebut.
Jalan itu juga kelihatan sibuk pada waktu itu kerana dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan.
Sehingga kini, tidak diketahui akan apa puncanya pemandu Perodua Kancil itu berbuat demikian.
Apabila menjengah di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat aksi pemandu Perodua Kancil yang memandu secara mengundur itu dan ada warganet yang risau akan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Ada juga individu yang berasa kasihan dengan nasib pemandu itu kerana kemungkinan gearbox kereta tersebut rosak sehingga akhirnya terpaksa memandu sedemikian rupa.
Antara komen netizen:
Ciapan Twitter yang tular: