Connect with us

Viral

Gadis Bengang Jalan Utama Ditutup, Kesal Penduduk Bagi Alasan Tak Munasabah!

Bila pulang daripada kerja, kolej ataupun membeli belah sudah pasti ramai diantara kita akan memilih jalan yang paling dekat untuk balik ke rumah. Manakan tidak, pasti ianya sangat memenatkan setelah seharian ‘melayan’ segala urusan.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gadis ini luah rasa geram apabila jalan yang paling dekat untuk pulang ke rumah ditutup atas alasan yang tidak munasabah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fathelwira, kelihatan gadis itu sedang berada di dalam kereta untuk pulang ke rumahnya.

Namun apa yang membuatkannya berang adalah jalan utama di bawah kawasan rumahnya ditutup dengan batu dan menyusahkan para penduduk untuk lalu di situ.

Pada awalnya, dia ingat penduduk apartment yang menutup jalan itu. Rupa-rupanya ia adalah angkara penduduk di kawasan rumah teres berdekatan jalan tersebut.

Lebih mengesalkan lagi, alasan mereka menutup jalan itu kononnya sebab kucing dan ayam peliharaan mereka banyak mati dilanggar.


“Itu haiwan peliharaan sendiri, jaga sendiri. Ini dah menyusahkan penduduk dekat sini tau, sebab ini adalah laluan utama untuk mereka pergi kerja,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan jawapan penduduk setempat yang seakan tidak masuk akal dan akhirnya menyusahkan ramai pihak.

“Hahaha lucu gila jawapan dia. Sebab kucing dengan ayam je” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga meminta agar wanita ini terus bersabar dengan sikap aneh segelintir manusia.

Antara komen warga maya:

“Tak, yang kucing tu aku boleh terima lagi.. yang ayam tu dah apahal”

“Lori nak hantar barang pun susah”


“Jalan nak ke UKM ni memang dekat je sebenarnya.. sebab deme tutup jalan tu, aku terpaksa pusing jauh, bazir minyak”

“Diorang ingat rumah kampung ke bela ayam lepas ni.. nak bela ayam, balik kampung”

“Yes betull sellau juga dapat order hantar area sini dekat waze boleh lalu but kena tutup..”


Video yang tular di laman TikTok:

@fathelwiraJalan Zamrud Utama, Kajang (abaikan last pose)

♬ original sound – bibir rebus

Continue Reading
Advertisement