Connect with us

Viral

“Nak sangat” Sangkakan Aiskrim, Reaksi Tiga Beradik Bila Ibu Suap Asam Jawa Undang Dekah Netizen

Anak-anak sememangnya mempunyai ragam mereka tersendiri, selagi tak dapat apa yang mereka mahukan, pasti akan ‘tantrum’.
Iospital phone repair gombak
Apatah lagi bagi anak-anak yang suka bermain peti sejuk. Apa yang dilihat disangka makanan yang boleh dimakan begitu sahaja.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat tiga beradik berebut nak makan asam jawa telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @julianorazreen, pada awalnya mereka menyangka asam jawa itu adalah aiskrim.

Mereka memberikan bekas asam jawa itu kepada ibunya untuk disuap namun apa yang melucukan adalah si kakak dan abang terus berlari ke dapur kerana tak tahan rasa masam.

Tidak cukup dengan itu, adik bongsu pula hanya makan sedikit dari sudu yang disuap ke mulutnya dan berkata rasa asam jawa itu sedap.


Bila ditanya sama ada mereka mahukan lagi atau tidak, kesemua mereka pantas menggelengkan kepala.

“Bende jangan dilarang.. nak makan kite bagi.. suap sama rata” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat reaksi mereka yang tidak tahan masam apabila disuap asam jawa.

“Aku ingat aiskrim ke apa, rupanya asam jawa. Yang adik paling jujur haha” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui anak-anak sememangnya begitu, selagi tidak dapat, selagi itulah mereka akan minta.

Antara komen warga maya:

“Aku ingat aiskrim ke apa, rupanya asam jawa..”

“Asam jawa pun nak berebut.. alahai anak2”


“Budak2 memang kalau tak rasa sendiri dia tak percaya”

“Jangan kata budak2 saya pun pernah terkena siap sapu penuh roti”

“Diorang ingat coklat eh”

“Hahahaha teringat adik saya dia nampak belacan atas meja cantik terpotong elok dia kata sedapnya kek coklat.. dah suap terus muka lain”

“Saya pun macam tu.. nak sangat kan.. tak bagi nangis, merengek.. bagi dia rasa dulu.. pastu serik la..”

“Sama dengan anak saya yang kecik ni.. dia ingat kaya roti tu.. dah bagi baru tau..”

“Teringat dulu buat roti, ingat kaya sekali ayah tegur eh tu asam jawa lah”

“Makan sama2 yang tak tahan tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@julianorazreen Bende jangan dilarang.. nak makan kite bagi.. suap sama rata🤣#asamjawa #adabimelazatkan #adabimenyelerakan ♬ bunyi asal – julianorazreen

Continue Reading
Advertisement