Connect with us

Viral

Wanita Kongsi Kisah Bertemu Jodoh Ketika Berdoa Di Hadapan Kaabah, Rupanya Satu Universiti Je

Baru-baru ini tular di media sosial dimana seorang wanita terlalu rindu akan arwah ayah tercinta sehingga berdoa di Tanah Suci untuk berjumpa orang yang mirip ayahnya.
Iospital phone repair gombak
Siapa sangka, doanya itu diangkat dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan terserempak dengan sosok yang seiras dengan bapanya, bukan sahaja rupa yang sama malah bentuk badan, kulit wajah turut sama serta berkaca mata.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita telah berkongsi kisah bagaimana dia bertemu jodoh di tanah suci telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok iaitu @salbiyahsuhaimi, wanita ini memaklumkan kisah pertemuannya dengan encik suami ketika menunaikan umrah di tanah suci.

Lebih menarik, ada awalnya dia cuma tertarik dengan lelaki itu dan berdoa agar pilihan hatinya tepat dan siapa sangka doa wanita itu diperkenankan dan kini sudah berkahwin dengan lelaki itu.

“Tahun 2016 pergi umrah dengan family.. dekat jabal rahmah doa moga cepat dapat jodoh walaupun baru 19 tahun..”

“Tetiba masa dekat mekah ada kenal sorang mamat ni.. minta doa depan kaabah kalau dia jodoh bagilah dia lalu depan mata.. sekali Allah makbulkan, tepat depan mata dia lalu pakai jubah navy blue..”

“First time jumpa kat Malaysia, pertama kali jumpa kat Mekah.. padahal satu negeri je sebelum ni.. umur pun sama.. eh tetiba satu universiti pulak.. padahal tak minta sekalipun.. yeay takyah LDR”

“Eh tetiba tahun 2020 dan tunang.. habus je belajar terus tunang.. yelah masani dah dekat 5 tahun kenal.. Alhamdulillah after banyak ujian yang ditempuhi.. Allah izinkan jua..”


“Terima kasih suami banyak berkorban.. banyak tunjukkan effort untuk hubungan ini..”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen erharu dengan kisah sweet pasangan tersebut apatah lagi secara kebetulan mereka rupanya belajar di tempat yang sama dan tinggal di kawasan yang sama”

Antara komen warga maya:

“Comelnya Ya Allah dua2 kuat!”

“Wow the coincidence.. satu negeri, satu tempat belajar”


“MasyaAllah mudah je urusan semua..”

Continue Reading
Advertisement