Connect with us

Viral

“Macam John Wick” Lengkap Berpakaian Sut, Pengantin Lelaki Ditarik Buat Silat Curi Perhatian Ramai!

Majlis persandingan merupakan antara momen yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang bakal menjalani kehidupan berumah tangga bersama-sama.

Iospital phone repair gombak

Difahamkan, kebiasaannya terdapat persembahan yang dijalankan sewaktu majlis persandingan itu diadakan misalnya persembahan nyanyian solo, kompang berirama, malah persembahan silat turut pernah diadakan!

Terbaru, sebuah video telah tular di laman TikTok mengenai gelagat seorang pengantin lelaki yang ditarik oleh peserta persembahan silat di majlis persandingannya sendiri.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik oleh @z4tiezzz di laman TikToknya itu, kelihatan beberapa orang peserta silat sedang menarik tangan pengantin lelaki ke arah tengah arena persembahan.

Namun apa yang membuatkan orang ramai tertarik melihat video ini adalah apabila kejutan itu sebenarnya sudah pun dirancang oleh si isteri terlebih dahulu.

Hal ini dilakukan demikian kerana dia ingin sekali melihat suaminya itu membuka langkah silat di hadapannya.

Bahkan, suaminya itu terus membuka langkah silatnya dan meneruskan persembahan tanpa rasa segan silu dalam majlis persandingannya itu.

Menjengah di ruangan komen, ramai warga netizen kagum dengan aksi pengantin lelaki tersebut dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke jannah.

Ada juga individu yang berseloroh mengatakan pengantin lelaki kelihatan masih simpan langkah dek seluar yang dipakainya pada hari tersebut.

Antara komen netizen:

“Lovely video kak. Moga bahagia disamping suami sentiasa dan berkat hubungan hingga jannahNya 😁”

“selamat pengantin baru semoga kekal ke jannah dua2 nya..aminnn..🥰🥰🥰”


“ksian kt dia,lngkah dia terhad di sbbkan kluaq..tp xpa nnty bini buka lngkah,msty dia xberani kluaq umah😂😂”

“xpe bang nnt lama2 dah kahwin hilang semua langkah tu bang…😂😂😂.. xdan nak buka silat ngan bini…. bini silat dulu”

“alhamdulilah..semoga dia jadi imam n penjaga sis smpy akhir hayat..mantap gini”

Video TikTok yang tular:

@z4tiezzz

throwback nak clear draft hihi. Alhamdulillah tercapai impian kahwin nak ada demo silat husband sendiri walaupun dengan cara paksa hahah 👀🫰🏻

♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

@z4tiezzz Replying to @eylajuhari ♬ Natural – Imagine Dragons

Continue Reading
Advertisement