Berjumpa dengan orang ternama bukanlah satu kebiasaan bagi marhaen seperti kita. Lagi-lagi ahli politik yang sedang memimpin negara.
Oleh itu, ramai yang mengambil peluang untuk berswafoto mahupun bergambar bersama-sama buat kenang-kenangan.
Sama seperti video tular baru-baru ini yang memaparkan seorang budak lelaki berhajat untuk mengambil swafoto bersama Perdana Menteri Malaysia ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim!
Bagaimanapun, gelagatnya ketika menghampiri beliau mencuit hati ramai! Mana tidaknya, kanak-kanak berkenaan hanya memanggil beliau ‘Anwar’ sahaja.
“Anwar, ambil gambar kejap,” pinta budak lelaki itu sambil berdiri di sebelah perdana menteri.
Anwar dilihat turut terhibur dengan gelagat budak lelaki itu dan spontan melayani permintaan tersebut.
Momen itu sempat dirakam oleh wartawan TV3, Khairul Rizuan Azizan menerusi laman Tiktok.
Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan sempat ditemui selepas insiden lucu tersebut. Dia menzahirkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri.
“Saya rasa macam happy dapat bergambar dengan perdana menteri dan saya nak mengucapkan reformasi,” katanya penuh bersemangat sambil mengangkat tangan.
Difahamkan, video ini diambil selepas Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd. Yusof, Sikamat, Seremban.
Walaupun video ini baru sahaja dikongsikan semalam, ianya telah berjaya mencecah tontonan sehingga 649.6 ribu serta meraih 47.8 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat keterujaan kanak-kanak itu ketika berpeluang bergambar dengan PM.
Malah, wargamaya terhibur dengan gayanya yang selamba menyapa Perdana Menteri itu seperti rakannya sendiri.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok
“Kagum.. dia x hidup zmn reformasi.. tpi dia smngt”
“Hahahah dia yg order Anwar😂😂”
“Dia ingt anwar adik² dia 😂😂😂 adoyla kau dik…”
“konfiden level tinggi! slamber jer dia… 😂”
“Dia panggil PM macam panggil kawan🤣🤣”
Video yang tular di laman TikTok