Setiap insan memiliki jalan cerita yang berbeza-beza bahkan ada juga yang mempunyai kisah hidup yang sangat perit namun tetap harus kuat melangkah kaki, meneruskan kehidupan.
Kita sering menyangka, Allah hendak menguji seseorang dengan menurunkan dugaan untuknya. Namun tanpa kita sedar, kita juga diuji atas kesusahan orang lain. Sama ada kita membantu ataupun sebaliknya.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bercerita tentang individu yang dihimpit dengan masalah yang bertubi-tubi sehingga harus menahan kelaparan nyata menjentik hati ramai.
Menurut Abdul Haris, insan terbabit tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kerana majikannya lambat membayar gaji dan harus keluar daripada rumah sewa.
Lebih menyedihkan, lelaki tersebut menemui jalan buntu sehingga pernah terfikir untuk meminjam wang dari Ah Long.
“Sewaktu nak bayar makanan tadi, ada hamba Allah ni tanya, “bang, boleh belanja saya makan tak? saya baru kena buang kerja”. Saya ingatkan dia nak minta duit. Saya cakap sorry-sorry, sebab dia dari segi tubuh badan sihat.
“Lepas tu dia pun gerak. Tapi bila saya ingat balik, dia tak minta duit. Dia minta belanja makan. Maknanya dia betul-betul lapar. Saya terus kejar dia balik. Tengok dia tengah duduk dan tidur tahan lapar di meja food court Pavillion.
“Saya terus panggil dia ajak beli makanan. Dia cerita sampai kena keluar dari rumah sebab tak bayar sewa. Sebab boss hold gaji. Dia siap nak pinjam Ah Long lagi. Saya cakap jangan sampai ke situ. Kita buat balik hidup ni. Never give up,” ceritanya dengan mendoakan semoga insan terbabit diberi pekerjaan yang selayaknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadaan lelaki tersebut yang sehinggakan tiada duit untuk makan.
“Ya Allah menitik air mata aku. Sumpah aku pun pernah macam ni. Bezanya cuma tak cakap je. Tapi memang dah betul-betul niat nak minta orang belikan nasi putih je sebab sangat lapar,”- Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama dimana berada di fasa paling rendah dalam kehidupan.
Antara komen warga maya:
“Bos2 yang duk hold gaji orang ni harap urusan semua jadi tak mudah”
“Husband baru2 nipun kena hold gaji.. se sen tak dapat.. bos memang jenis manusia tak ada hati perasaan..”
“Awak orang terpilih oleh Allah.. tahniah kerana membantu..”
Video yang tular: