Connect with us

Viral

Terpaksa Guna Air Rebusan Nasi Buat Susu Anak, Ibu Ini Sanggup Cuci Longkang Demi RM10 Buat Beli Sardin & Beras

Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mengalami susah payah mereka yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Ada yang hidup penuh dengan kekayaan, tetapi mempunyai pelbagai masalah peribadi.

Ada pula yang hidup serba kekurangan, dan terpaksa bekerja keras demi sesuap nasi buat keluarga mereka.

Begitulah nasib seorang ibu yang sanggup mencuci longkang untuk mendapatkan rezeki untuk keluarganya itu.

Lapor MStar, wanita itu tidak pernah merungut dan bersyukur kerana diberikan upah melakukan pekerjaan tersebut agar dia boleh mengisi perut anak-anaknya.

“Alhamdulillah, rezeki hari ini cuci longkang depan rumah jiran… jiran bagi upah RM10. Ibu beli sardin dan beras.

“Dapat masak, makan dengan anak sulung. Dari pagi tadi abang (panggilan anak sulung) puasa ye,” luahnya.

Walaupun begitu, dikatakan upah cuci longkang itu sebenarnya tidak cukup untuk membeli barang keperluan yang lain termasuklah makanan buat anaknya yang telah dijanjikan.

“Ibu janji nak beli biskut yang abang suka tapi tak cukup duit. Nasib abang faham ibu… ibu janji nanti ibu beli, ibu janji!” katanya.

Difahamkan bukan sekadar biskut sahaja, malah susu juga sukar untuk dibeli buat anaknya.

Oleh itu, dia terpaksa menggunakan air rebusan nasi bagi menggantikan susu anaknya buat sementara waktu.

“Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti ibu kerja lagi esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang.

“Doa untuk ibu ye anak-anak. Semoga Allah jaga anak-anak ibu selalu. Bersyukur seadanya, selagi mana mampu, berusahalah,” terangnya lagi menerusi hantaran yang dibuatnya dalam grup Facebook ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’.

Walau bagaimanapun, hantaran itu telah pun dipadam kerana menerima pelbagai kritikan dalam kalangan warganet.

Berdasarkan nota kaki dalam hantarannya, dia menegaskan dia hanya mahu berkongsi pengalamannya.

Tanpa menjelaskan mengenai status dirinya, wanita itu menegaskan bahawa perkongsian itu dibuat bukan untuk meraih simpati orang ramai.

“Janganlah kecam saya, saya tak minta bantuan dengan sesiapa. Saya cuma kongsi cerita apa saya buat hari ini seperti tajuk grup, salah ke saya?

“Facebook lama ada, tapi biarlah rahsia sebab saya ada masalah peribadi. Jadi, saya memang tak boleh bercampur dengan orang luar,

“Sebab itu saya tak boleh kerja dengan orang. Nak berurusan dengan saya boleh, silakan… saya bukan scammer (penipu) dan saya tak takut,” katanya.

Continue Reading
Advertisement