Dalam fasa membesar, Ada sahaja perkara yang ingin dilakukan oleh anak-anak malah terkadang tidak tercapai dek akal.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki selamba bawa balik pinggan makcik kantin mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @nieysanor merakam gelagat anaknya ketika dijemput pulang sekolah.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah, budak lelaki tersebut dengan tenang membawa sepinggan nasi goreng masuk ke dalam kereta.
Apabila ditanya pinggan siapa yang dibawa pulang, budak lelaki itu memaklumkan dia membelinya di kantin.
Ibunya yang terkejut bagaimanapun menasihatinya untuk memulangkan kembali pinggan tersebut kepada pihak kantin.
“Yusuff tu pinggan siapa? Pinggan tu tak beli sekali. Esok hantar. Pinggan tu tak bagi lah. Pinggan kantin punya, kena hantar balik. Esok bagi balik tau,” nasihat ibunya dan dia membalas jawapan ibunya dengan penuh ikhlas.
“Bukan main selesa ye dik bawa balik pinggan kantin” tambah ibunya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melibat gelagat budak lelaki tersebut malah ada juga yang kagum dengan cara dia membawa nasi goreng ke dalam kereta kerana langsung tidak jatuh.
Antara komen netizen:
Video yang tular: