Isu terjumpa bendasing dalam makanan di kedai makan ini bukanlah satu perkara yang baru malah ada juga yang menjumpai ulat, lipas, tali mop, helaian rambut dan bermacam lagi.
Ini sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai bagaimanakah tahap kebersihan sesetengah kedai makan? Apakah penyedia makanan langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan?
Seringkali kita lihat di media sosal dimana hal ini kerap berlaku dalam masakan yang disediakan oleh tukang masak di restoran sahaja, tapi lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini terjumpa bendasing di dalam makanan ‘frozen’ nyata mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, seorang wanita dikenali sebagai Izwani meluahkan pengalaman buruk yang terjadi kepadanya semasa berkunjung di sebuah premis makanan tetapi lokasi dirahsiakan.
Ketika sedang makan, dia terkejut menemukan objek asing di dalam nugget ayam goreng itu dan apabila dikeluarkan, rupa-rupanya terdapat dawai berukuran kira-kira dua inci.
“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi,” katanya menerusi Facebook.
Izawani akui selera makannya langsung hilang melihat dawai tersebut malah telah membuat aduan pada pekerja di kedai itu mengenai kes berkenaan. Namun, dia tidak menyalahkan pekerja di kedai tersebut kerana nugget tersebut diambil dan digoreng dari dalam bungkusan yang dikilangkan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat dawai tersebut sekaligus mmeinta wanita itu untuk menghubungi bahagian khidmat pelanggan bagi membuat aduan.
Antara komen wargamaya:
“Benda frozzen food mcam ni beli la yg muslim pnya.. nugget ke sosej ke daging burger ke better amik product muslim yg betul halal trjamin kbersihan dia”
“Call costumer service untuk aduan….pnah Beli daging burger ade besi…depa Mai check mmg dri besi part mesin depa….bwak cenderahati Dan Minta maaf…”
“Nasib baik x kena budak kecik,klu budak kecik yg makan mcmna”
Klik sini untuk lihat perkongsian.