Menaiki pesawat merupakan salah satu pengalaman yang mengujakan buat orang ramai lebih-lebih lagi apabila pertama kali menaiki pesawat tersebut.
Malah ada pula individu yang terlebih ‘excited’ sampaikan tidak mahu turun daripada pesawat!
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini yang tular di laman TikTok @dak_zety7
mengisahkan seorang kanak-kanak yang enggan turun dari pesawat sehinggakan jadual penerbangan seterusnya terpaksa ditangguhkan.
Menerusi laporan MStar, Nor Izzaty Abdul Rahim yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu menyatakan bahawa kejadian itu berlaku ketika dia membawa anak lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Bharu, Kelantan.
Difahamkan, itu merupakan kali pertama anak lelakinya, Muhammad Harith Ikhwan Ibrahim, 4, menaiki kapal terbang.
“Pertama kali naik kapal terbang, anak jadi excited. Tapi anak ni macam-macam perangai, maklumlah anak bongsu.
“Secara kebetulan, saya bersama kawan dan anak check in agak lambat. Jadi, kami dapat seat yang paling belakang,” terangnya.
Pada awalnya, Zety menyangka naknya menangis disebabkan enggan duduk di ‘seat’ belakang.
“Dia nak duduk seat depan, sedangkan kami datang lebih awal. Dia berkeras juga menjerit.
“Bukan sahaja buat perangai, siap tak nak pakai seatbelts,” katanya.
Namun begitu, keadaan tenang di dalam pesawat itu tidak berpanjangan kerana anaknya kembali meraung menangis dan enggan keluar daripada pesawat.
“Masa tu saya risau sebab anak mula menangis, dia kata nak naik lagi. Siap pramugara dan pramugari datang pujuk.
“Kemudian saya nampak beberapa penumpang masuk di bahagian depan, saya syak mereka merupakan penumpang seterusnya yang menaiki pesawat sama,” ujarnya.
Tidak lama selepas itu, datang seorang pramugara menghulurkan bantuan dengan mengangkat anak lelakinya itu keluar dari pesawat.
“Kalau nak harapkan saya yang angkat, memang berat kira-kira 23 kilogram. Macam mana la dia boleh angkat dan berjalan laju ke luar pesawat.
“Saya malu juga ketika itu sebab mungkin orang ramai di pintu pelepasan ingat ada sesuatu yang cemas berlaku seperti anak cedera.
“Alhamdulillah, anak saya okay. Jika hari tu ada penerbangan delay yang mungkin disebabkan oleh anak saya, minta maaf.
“Kelakar ada, nak marah pun ya tapi kena sabar. Kalau kanak-kanak seusia dengannya takut naik kapal terbang pertama kali, tapi dia ni suka sangat pula.
“Terima kasih kepada pramugara berkenaan dan kru-kru lain yang turut membantu. Sekarang ni anak saya tak sabar nak naik kapal terbang lagi,” tambahnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat telatah anak kecil ini.
Antara komen netizen:
“Blh dh tu nnti cite kat kawan2 ‘ aku dulu2 penah buat flight delay 🤣”
“X puas naik kapal ni… Tahu2 eh dah spai…”
Video TikTok yang tular: