Connect with us

Viral

Keliru Pertindihan Garisan Jalan Punca Kemalangan, KKR Arah Siasatan Terperinci Dibuat

Setiap garisan yang ada di atas jalan lebuhraya sudah pasti dicipta untuk memudahkan dan mengurangkan risiko kemalangan. Malah setiap garisan juga mempunyai maksud tersendiri seperti garisan putus-putus dan garisan berkembar.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Isnin lalu kita dikejutkan dengan insiden nahas membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Isnin lalu.

Oleh itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan dan setelah diperiksa, kemalangan tersebut berpunca daripada pertindihan garisan jalan yang berbeza warna.

Laporan awal menunjukkan syarikat konsesi Lebuh raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) sudah mengenal pasti kawasan pertindihan garisan jalan yang perlu ditambah baik sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Pihak DASH mula melakukan proses menghitamkan garis jalan yang bertindih sejak semalam, dan akan melihat secara keseluruhan kadar penghitaman yang diperlukan, dengan kerja penambahbaikan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.


“Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak di NKVE, terutamanya garis jalan kuning dan putih supaya lebih teratur dan jelas serta selamat untuk dilalui pengguna.”

“Saya menekankan perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

“Pada masa sama, saya juga meminta semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab kita bersama,” petik kenyataan yang dikongsikan melalui Twitter rasmi Ketua Kementerian Kerja Raya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berharap agar situasi seperti ini tidak berlaku lagi kerana ianya melibatkan nyawa setiap pengguna jalan raya.

Antara komen warga maya:



Perkongsian yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement