Connect with us

Selebriti

“Macam rasa dekat Korea” Nora Danish ‘Excited’ Cuci Baju di Dobi Layan Diri Buat Pertama Kali, Kecantikannya Pula Dipuji Netizen

Bagi sesetengah individu, mencuci dan mengeringkan baju di dobi adalah aktiviti yang biasa dilakukan. Malah sudah menjadi sebagai rutin.

Iospital phone repair gombak

Namun, untuk individu yang baru ingin cuba mendobi baju, aktiviti tersebut bagi mereka sesuatu yang mengujakan.

Seperti yang tular baru-baru ini di mana pelakon comel, Nora Danish meluahkan rasa teruja apabila dia berkesempatan menggunakan khidmat dobi layan diri ketika berada di Perlis.

Difahamkan, Nora berada di negeri itu kerana tuntutan kerja untuk naskah lakonan terbarunya namun tidak didedahkan secara lanjut.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok pelakon itu sendiri, dia bersama dua orang rakannya dilihat senang mencuci pakaian.

Malah, aktres itu sempat membuat tutorial tentang bagaimana cara menggunakan mesin cucian tersebut.

Hi. Okay hari ini first time Nora try lah cuci baju dekat laundry yang layan diri tu, dekat Perlis sebab shooting dekat sini. Jom.

This is fun actually! You know? Macam rasa dekat Korea, cerita Korean tu kan. Tapi dorang pergi sini, dorang jumpa dia punya boyfriend and first love” ujar Nora.

Sejak video Nora Danish mendobi ini dimuat naik beberapa hari lalu, jumlah tontonannya telah mencecah sehingga 759.2 ribu serta meraih 51.7 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, ramai yang terpukau dengan kecantikan Nora Danish yang langsung tidak berubah sejak dulu malah kekal awet muda.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok

“Klu aku jd cashier mgkin aku histeria jumpa nora danish.. setahun aku cerita dkt org kmpg jumpa nora😂”

“basuh baju pun fyp 😭😭”


“pakai airpods terbalik pun masih nampak normal sebab orangnya cantik 🥲”

Video yang tular di laman TikTok

@noradanishhanifLaundry Bar at Perlis , why not la kan.♬ original sound –

Continue Reading
Advertisement