Connect with us

Selebriti

“Disebalik pelawak kita. Garang betul bang jo” Warganet Terkesima Tengok Johan Marah Anak, Tergamam Bila Dengar Suruh Diam

Seperti yang ramai sedia tahu, Instagram Johan yang dikongsi bersama isterinya, Ozlynn Waty sering memaparkan aktiviti seharian mereka sekeluarga.

Iospital phone repair gombak

Johan atau nama sebenar Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz sememangnya terkenal dengan sifat tegas terhadap anak-anaknya.

Terbaharu, tular satu hantaran di Instagram dilihat Johan berada di restoran dan anaknya terlentuk di sebelah, menarik tumpuan warganet.

Si anak itu nampaknya sudah terlelap keletihan, manakala kedengaran suara anak-anak yang lain tertawa melihat keletahnya.

Tak semena-mena Johan tiba-tiba menegur anak-anak yang lain supaya diam, membuatkan warganet turut tergamam!

Menurut pasangan itu, anak mereka kepenatan setelah melakukan pelbagai aktiviti, menyebabkan si cilik itu terlena ketika makan.

“Kesian dia 5 minit juga terlelap masa tengah makan.. penat sangat tu.. penuh aktiviti.. nasib mood papa okey.. kalau tidak, selagi tak habis  makan jangan harap nak melentuk liuk.. memang kena punya.. tu pun papa dah bg jelingan maut” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, dalam tegas ada lembutnya juga membuatkan ramai ‘cair’ melihat cara Johan melayani anaknya.

Susulan tularnya hantaran yang dikongsikan beberapa hari lepas itu, ianya berjaya mengutip sehingga 94, 170 tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata yang menonton video itu ‘gerun’ apabila melihat pelawak yang periang itu memarahi anaknya.

Pun begitu, sifat tegasnya dipuji warganet kerana dikatakan itulah gambaran sebenar tugas sebagai seorang ayah dalam mendidik anak-anak.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Instagram

“Masalah nya bila Johan cakap “diam” dengan dengan aku terdiam TACHOD”

“‘Diam’.. garang nya 😩”


“Disebalik pelawak kita. Garang btui bang jo😔”

“Mula2 nak gelak.. sekali kena sound “diam”.. ngan aq sekali diam..😂”

“Tegas tapi syg.. tulah kasih bapa/ayah 😢”

“Bang Johan mmg garang ke sis? Takotttt nya bila tengok dia sebut “diam””

Hantaran yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Continue Reading
Advertisement