Satu perkongsian di Facebook Fatin Syamimi mendapat perhatian para netizen apabila beliau membuat sendiri DIY wainscoting dengan bajet hanya RM200.
Hasilnya sangat cantik walaupun kos yang diperlukan adalah rendah! Mari kita ikuti perkongsian beliau.
______
Hari ni free sikit saja nak share cara DIY wainscoting pasal ramai pm tanya harga dan tempah dekat siapa. Cek buat sendiri dan modal pun dalam RM200 ja.
So jangan cakap orang perempuan tak boleh buat semua kerja ni sendiri okay. Dekat setiap gambaq ada cara-cara. Good luck dan selamat menaikkan muscle lengan anda.
Ada 2 jenis patern yang cek buat. Ni yang first. Atas guna wallpaper Kaison. Panel kayu bawah sekali tak bubuh sebab dah ada border tile. Tapi nampk cacat sikit sebab border tu tak sampai hujung.
Dua pattern yang dibuat
Lantai tu cadang nak buh vinyl floor tapi fulus tak berapa mari lagi. Kot ada yang nak sponsor dialu-alukan.
Yang ni patern kedua paling senang. Guna finishing dengan cat gold ja. Frame tengah-tengah tu beli frame gambaq kat DIY. Balik rumah buang gambaq ambil bingkai dia ja. Pastu lekat.. Malu orang tau dah rahsia.
Panel kayu yang digunakan
Panel kayu ni Google ja sebab haritu tak dan snap gmbar. Yang penting ukur dulu panjang wall yang kita nak buat.
Pergi kedai mintak tolong dia potong panjang mana kita nak takut tak muat nak sumbat dalam kereta.
Kereta kami kena rebahkan seat belakang jugak la. Kayu no 1 kena lekat atas sekali. No 2 buat frame, no 3 letak bawah sekali dekat lantai.. Yang X tu tak payah buh pun takpa so takyah pikiaq.
Ni kedai dia. Macam-macam rupa panel kayu dok ada. PAN DOOR or PAN TIMUR Tandop. Lot kedai depan Alor Setar Mall. Harga sekaki rm2.++ ikut patern dan tebal.
Ni rupa kayu-kayu tu. Bawak balik rumah kena licinkan dulu guna kertas pasir. Layang-layang ja pon takpa takyah licin sangat.
Asalkan tak dak tajam-tajam dekat permukaan kayu. So bila cat nampak licin ja.
Gam pengganti paku
Ni gam pengganti paku. Cek tak guna paku langsung. Semua ni beli dekat DIY. Dia punya melekat macam pakai paku. Sekali lekat memang tak boleh cabut dah. Dah siap licinkan lekat ja terus.
Benda ini sebetulnya guna dekat tile. Tapi cek bubuh dekat ruang yang gap di antara kayu dan dinding.
Wujudnya ruang tersebut akibat dinding yang tak rata. So kita sumbat ja benda ni untuk tutup ruang tu.
Function macam filler la. Dekat diy pun ada jual tapi bukan tajuk ni. Dekat diy cari nama filler bentuk macam gam tadi.
Rupa bila dah sumbat filler
So rupa dia macam ini bila dah sumbat filler tu. Agak mencabar sikit sebab tangan mesti belemoeh punya lah. Tapi bila cat nanti nampak bercantum elok ja dan tak nampak gap dah.
Part ni penting kena buat. Kalau tidak memang dah siap nanti tengok lubang-lubang tu nampak sangat keja cincai.
Dinding akan comot bila bubuh filler tu tapi takpa. Satgi kita cat elok-elok naa.
Taraa. Dah siap cat kayu atas bawah. Masa ni frame beli tak cukup so hari lain baru buh frame lak silap bajet.
Wallpaper Kaison
Wallpaper Kaison RM 16.90 kot kalau tak silap. Tak ingat beli lama dah. Ni bubuh dekat dinding atas wainscoting. Saiz dinding cek tu guna 1 roll ja. Memang dinding akan nampak sangat mewah. Try la tengok.
Ni color finishing untuk design yang no2 tu. Cek guna salak brown. Cat ja atas kayu tu. Dah kering selapis cat lagi sampai nampk color dia dah serap masuk kayu tu.
Ni cek buat lining atas kayu yang dah buh finishing tadi. RM 7.90 ja beli dekat kedai cat jalan langgar. Terus nmpak exclusive bila buh gold ni. Diri sndiri pun macam tak percaya cek mampu buat semua ni sorang-sorang dibantu sorang anak menakan lepas SPM (perempuan jugak)
Cantik background
Kes gambaq ni la yng buat ramai PM tanya buat dekat mana dinding sebelah tu.
Tu tak termasuk hat mai terjah dekat rumah lagi. Tee Baizura Dania Azyyat.
Pingback: DIY Ala-ala Wainscoting Hanya RM50, Lelaki Ini Tunjukkan Cara Mudah dan Simple | YOY Network