Dua Beradik Temui Ajal Ketika Beli Donut, Ibu Sebak Baca Mesej Seolah Tahu Bila Dijemput Ilahi
Jodoh ajal maut semuanya di di tangan Tuhan, tidak lewat sesaat bahkan tidak cepat sesaat namun sebagai hamba, kita perlu redha dengan segala ketentuan dan terima dengan hati yang terbuka.
Benar kata orang, rindu yang paling sakit dan dalam adalah rindu kepada orang yang telah pun pergi ke negara abadi. Bagaimanapun, setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah tidak menyangka akan kehilangan dua orang anak sekaligus iaitu Hijjaz Kasturi Ramli (19) serta kakak sulungnya Nurul Faqihah Ramli (21) nyata mengundang sebak ramai.
Difahamkan, kedua-dua mereka terlibat dalam sebuah nahas jalan raya gara-gara motor yang ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas ke arah sebatang pokok.
Menurut ayahnya, tiada sebarang perubahan ketara yang ditunjukkan oleh adik beradik itu selain menyifatkan mereka berdua sememangnya sangat rapat dan sering keluar bersama.
Ibunya yang dikenali sebagai Eisma Lee bagaimana pun akui arwah seakan tahu dirinya ingin berpindah ke negeri abadi setelah membaca mesej anaknya itu.
Melalui screenshot perbualan mereka berdua, Nurul Faqihah menyatakan hasratnya untuk makan donut dan lebih pelik, dia mengatakan dia tetap ingin pergi membeli donut pada esok hari dan tidak boleh menunggu minggu hadapan.
“Esok jom gi dunkin donut kejap. Aku takleh nak tunggu minggu depan. Kalau aku mati minggu ni cane? Habis kempunan aku” ujarnya.
Sekadar info, dua beradik itu selamat disemadikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Felda Kemendor. Walaupun berat hati menerima realiti namun ibunya akui perlu redha dengan segala takdir yang tertulas serta tidak menafikan perasaan rindu sering membelenggu diri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan mendoakan agar roh kedua beradik ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Antara komen warga maya:
Pekongsian yang tular di laman Facebook dan TikTok:
@reen.l33 Bagi yang ternanti-nanti update daripada saya. Alhamdulillah… Kedua-dua jenazah anak saya telah selamat disemadikan dalam satu liang lahad tengah hari tadi, selepas zohor. Mohon maaf kepada yang wasap, mesenger dan komen saya tak dapat jawab keseluruhannya. Terima kasih atas ucapan dari semua. Terima kasih kawan-kawan yang hadir bagi kekuatan kepada saya. Terima kasih kepada adik-beradik, ipar duai, dan jiran tetangga. Doakan saya sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian ini…. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…. #eksidenjalangapam#duaberadik#kakakdanadik#meninggaldunia♬ original sound – ReeN Agro