Seperti yang kita sedia maklum, kita dilarang merakam sebarang ‘scene’ sewaktu kita berada di dalam pawagam.
Hal ini juga sentiasa diperingatkan kepada penonton sebelum bermulanya sesuatu tayangan filem.
Walau bagaimanapun, masih ada yang berdegil dan masih merakam babak-babak yang ditayangkan yang sememangnya menyalahi akta serta boleh dikenakan tindakan selanjutnya.
Terbaru, tular sebuah perkongsian di laman Twitter mengenai seorang wanita yang selamba sahaja merakam babak sebuah filem walaupun sudah ditegur.
Dah ditegur pun, masih juga berdegil untuk membuang rakaman tersebut.
“Kawan aku kerja wayang, ada orang terang terangan rekod dalam wayang. Lepas tu buat muka tak bersalah 💩💩
“S*al jugak perempuan ni, korang tgk la lagak dia tu. @TGVCinemas plis la take action,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil disertakan video wanita berkenaan.
Akibat wanita tersebut masih berdegil, pekerja tersebut mendesak dan bakal memanggil ‘manager’-nya.
Selain itu, pihak TGV difahamkan memerlukan informasi lanjut mengenai tarikh, masa dan lokasi rakaman yang dibuat untuk melakukan siasatan lanjut.
Sekadar info, kegiatan curi rakam secara keseluruhan tayangan tanpa kebenaran di pawagam boleh didenda tidak kurang RM 10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tindakan wanita itu yang sememangnya menyalahi undang-undang.
Antara komen netizen:
Hantaran Twitter yang tular: