Setiap insan mempunyai cerita tersendiri bahkan tidak semua di atas muka bumi ini dilahirkan dalam keluarga yang senang apatah lagi pada masa kini kos sara hidup yang tinggi membuatkan orang ramai lebih memilih untuk berjimat cermat.
Terbaru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memperkenalkan Program Menu Rahmah dimana inisiatif ini telah disediakan oleh lebih 15,000 restoran disekitar Malaysia.
“Bermula hari ini, golongan terkesan dgn kos sara hidup boleh nikmati makan tengah hari & malam RM5 di 15,000 premis seluruh negara.”
Menu Rahmah adalah makanan seimbang yang disediakan pada waktu tengahari atau malam dan merangkumi nasi, satu pilihan protein sama ada ikan, ayam atau sayur-sayuran
Tujuan program ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada golongan peniaga kecil tersasar yang terpinggir.
Lebih membuatkan ramai kagum apabila Mydin juga telah mengambil inisiatif dengan menawarkan Menu Rahmah ini seluruh cawangan Mydin. Inisiatif yang dilakukan ini sedikit sebanyak pasti akan meringankan kos beban hidup rakyat yang semakin tinggi sekarang.
Dengan harga setiap menu yang ditetapkan adalah RM 4.90 sangat berbaloi. Anda akan mendapat satu set makanan tengahari dan malam yang sedap dan pastinya akan memenuhi citarasa anda.
Bukan itu sahaja, set makanan yang disediakan di Mydin adalah berlainan pada setiap hari. Bermula pada hari isnin, set makanan yang dihidangkan adalah seperti nasi putih, ayam masak kicap, kacang panjang dan air kosong 500ml. Begitu juga pada hari seterusnya.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana mengadakan program seperti ini bagi membantu individu yang terkesan dengan kos sara hidup pada masa kini.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular: