Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan dan sudah pasti ramai yang ingin melakukan sehabis baik di majlis persandingan mereka.
Bagi photographer, sudah tentu ini detik-detik yang sangat istimewa untuk dirakamkan. Manakan tidak, kenangan sememangnya tiada tarikh luput jadi ini lah satu-satunya kenangan yang boleh dibawa hingga ke akhir usia.
Namun menjadi seorang photographer bukanlah satu perkara yang mudah dimana terdapat pelbagai rintangan dan cabaran.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang jurugambar terpaksa pasrah apabila rakamannya ‘tidak menjadi’ gara-gara seorang tetamu di majlis perkahwinan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @dithpelayo, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan dan pada ketika itu pengantin sedang berjalan masuk melalui karpet merah menuju ke pelaminan.
Dapat juga kita lihat dua orang photographer profesional sudah bersiap sedia untuk merakam momen indah itu.
Namun suasana tersebut mula berubah apabila ada salah seorang tetamu datang dari arah depan untuk merakam momen itu sekali.
Perkara tersbeut nyata membuatkan photographer geram malah lelaki itu kelihatan marah sambil menepuk kepalanya kerana kejadian itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut geram melihat tetamu tersebut yang selamba masuk melintasi karpet merah itu kerana ianya jelas ‘merosakkan’ gambar dan video daripada photographer.
“Every photographers worst nightmare. Non thinking people” – Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui pernah berdepan dengan situasi yang sama dimana ada tetamu yang interframe ketika gambar diambil. Manakan tidak, untuk hire photographer memerlukan kos yang tinggi.
Antara komen warga maya:
“There’s always that one aunty”
“She is like I’m going to post this on Facebook”
“This is why i didn’t allow phones at my ceremony”
“This type of people in every event”
Video yang tular di laman TikTok: