Connect with us

Viral

“Dinding biru, tv kat atas” Gelagat Adik Selamba Bahan Rumah Syatilla Macam Klinik Undang Dekah Netizen

Siapa tidak kenal dengan adik beradik popular iaitu  Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin, Syifa Melvin dan Syida Melvin ni kan? gelagat mereka yang ‘masuk air’ dan suka menghiburkan pengikutnya di media sosial membuatkan mereka makin dikenali ramai.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairan lah jika netizen menyifatkan mereka sebagai adik-beradik yang kelakar dan ‘tiada perasaan’ setiap kali mengusik antara satu sama lain.

Seperti yang kita tahu, Syatilla Melvin dan juga suaminya iaitu shaheizy Sam sering jadi sorotan ramai apatah lagi kini mereka sedang membesarkan 3 orang cahaya mata.

Bagaimanapun, netizen bukan sahaja tertarik melihat ‘life style’ pasangan bahagia ini namun turut menyukai dekorasi dan susun atur di rumah mereka yang tampak cantik dan elegant.


Akui lebih gemar konsep ‘simple, pasangan ini turut mengubah suai bahagian dalam serta halaman luar rumah, bahkan termasuklah ‘movie room‘ yang baru disiapkan September lalu.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila salah seorang adik beradik Syatilla iaitu Syida Melvin selamba ‘membahan’ dekorasi di rumah mereka.

Syida menyifatkan rumah tersebut tak ubah seperti klinik kerana posisi TV dipasang tinggi hampir cecah siling, persis skrin yang memaparkan nombor giliran patients.

Tidak cukup dengan itu, frame besar yang digantung pula tidak ubah seperti carta organisasi ahli yang berada di dalam klinik yang sering kita lihat ketika pergi ke pusat kesihatan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat adik beradik ini apatah lagi menyamakan ruangan ‘movie room’ dengan klinik kesihatan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyifatkan tindakan menggantungkan TV di posisi yang tinggi itu merupakan idea yang bijak apatah lagi bila sudah mempunyai anak yang berada di dalam fasa membesar.

Antara komen warga maya:

“Hahaha adik beradik memang sejenis begini lah, suka membahan..”


“Punca dia gantung tv sampai kat syiling tu tau dah sebab anak2 dia buaih.. sebelum tv tu pecah, biar gantung tinggi2 dulu”

“Hahaha sabar jelah adik beradik dia cakap rumah dia macam klinik”


Video yang tular di laman TikTok:

@bonnorhidayah rumah tilla macam klinik 🤣 #adikberadikthemelvin #syatillamelvin #syidamelvin #syafiqamelvin #syifamelvin #themelvins ♬ original sound – BonNor Hidayah

Continue Reading
Advertisement