Siapa tidak kenal dengan seorang penyanyi terkenal iaitu Black Hanifah atau nama sebenarnya Hanifah bin Muhammad Hanafiah ni kan? Namanya semakin dikenali ramai apabila menjuarai rancangan realiti Mentor pada musim ke 3 dan menjejakkan kaki dalam dunia lakonan.
Seperti yang kita tahu, Black telah mendirikan rumah tangga bersama Naquia Yasirah Mohd. Khairi dan dikurniakan dua orang anak iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.
Terbaru, tular di media sosial dimana Black dalam diam menyiapkan villa impiannya yang terletak di Pulau Langkawi dalam tempoh tiga bulan selepas tercetusnya idea berkenaan pada Oktober lalu mencuri perhatian ramai.
Menurut laporan Utusan Online, penyanyi berusia 35 tahun itu membuat pelbagai kajian sebelum memulakan projek tersebut yang dibina sendiri bersama empat tukang rumah dari Kuala Lumpur.
Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.”
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.”
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” katanya.
Black berkata, villa Rindu D’Villa Langkawi itu sudah mula dibuka tempahan untuk Mac ini yang dijami mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan terbabit.
“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini. Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.”
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” ujarnya.
Difahamkan Black kini mempunyai perancangan bagi menambah lagi villa di sekitar lokasi sama.
Hal tersebut dibuat demi menjadikannya pelaburan dan aset untuk masa depan isteri dan anak-anaknya.
Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.”
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” kongsinya lagi.
Sekadar info,m, villa di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu menggunakan konsep lantai ‘glow in the dark’ yang merupakan pertama di Asia selepas dicadangkan seorang rakan pembekal barangan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan usaha Black untuk memastikan masa depan isteri dan anak-anak terjamin.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tidak sabar untuk berkunjung ke Villa tersebut apatah lagi bila melihat dekorasinya yang cantik.
Antara komen warga maya:
“Boleh try menginap nanti.. tak jauh dari rumah pun ni.. nak try merasa first villa glow in the dark dalam langkawi dan asia”
“Terbaik black.. saya orang langkawi juga.. hari2 lalu depan ni.. dok terpikir juga sapa la yang pi tutup habeh bilik sewa ni.. rupanya project black hihi”
“Wow sempena nama Rindu.. tahniah Alhamdulillah”
Perkongsian yang tular: