Menjadi seorang peniaga bukanlah satu perkara yang mudah namun kita juga perlu ilmu kira-kira yang baik. Dengan ini, kita dapat mengetahui untung atau rugi perniagaan tersebut.
Seringkali kita lihat di kedai makan dimana ramai yang menggunakan kalkulator agar tidak tersalah kira jumlah harga makanan yang dipesan oleh pelanggan bahkan kini sudah moden kerana ada juga yang sudah menggunakan card dan hanya ‘key in’ kedalam sistem sahaja.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi rakaman seorang makcik mengira makanan dengan laju tanpa menggunakan kalkulator mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @azman_ngah, lelaki ini bersama ibunya pergi bersarapan di kedai Mak Cik tersebut dan memesan lauk daging, ayam goreng, mi goreng, sebiji telur bersama air milo ais dan teh o ais.
Namun apa yang menarik tumpuan ramai adalah pengiraan Mak Cik kedai tersebut yang sangat lain daripada yang lain ditambah pula dengan pengiraannya yang sangat pantas.
Makcik berkenaan menggunakan angka ratus dalam cara pengiraannya malah ramai juga yang terhibur dan tertanya dengan jumlah RM220 yang dikatakan Mak Cik tersebut, dimana harga asal hanyalah RM22 sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pada awalnya pening dengan cara pengiraan makcik tersebut namun akhirnya kagum melihatnya yang laju mengira tanpa menggunakan kalkulator.
“Ingatkan RM220 sungguh mujur baca komen, baru nak kecam”- Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berhasrat untuk datang ke kedai makcik tersebut dan merasai sendiri air tangannya.
Antara komen warga maya:
“Untuk aku yang selalu blur ni auto bayar beratus yang dia mentioned tu..”
“Siapa lah cikgu matematik makcik ni dulu.. dia guna formula apa”
“Makcik ni terlebih matematik”
Video yang tular di laman TikTok: