‘Stalker’ merupakan panggilan yang diberikan kepada seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan orang yang diingankan.
Bagaimanapun, tindakan mereka itu dianggap ‘menyeramkan’ kerana perbuatan mereka itu mengganggu ketenteraman individu yang diingankan itu.
Sama seperti kisah yang tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang pendakwah bebas membuat suatu ciapan bahawa dia diganggu oleh seorang wanita yang dianggap psiko telah meraih perhatian ramai.
Difahamkan, wanita itu telah mengganggunya sejak dua tahun lalu bukan sahaja menerusi mesej di aplikasi media sosial, malah turut mengganggunya di tempat kerjanya.
Berdasarkan menerusi yang dibuat oleh @fakhrifadzli itu, dia mendedahkan bahawa wanita tersebut turut menghantar pelbagai jenis hadiah dan sanggup menunggu berjam-jam di tempat kerjanya itu.
Fakhir yang lebih mesra disapa dengan gelaran Ustaz ini menyatakan bahawa dia telah diganggu oleh wanita itu sejak April 2021 apabila dia ingin berkenalan dengan dirinya di laman sosial Instagram.
“Dari awal saya tolak dengan cara baik. Saya tak berminat tapi dia langsung tak berhenti.
“Pada Disember 2021, saya baru mula kerja tak sampai seminggu. Dia hantar hadiah-hadiah dari Arab Saudi, tempat dia tinggal dan bekerja. Hantar hadiah ke alamat pejabat pula tu. Saya rasa terganggu, sampai ke tempat kerja pun dia berani,” tulisnya lanjut.
Namun apa yang lebih menggerunkan adalah apabila wanita itu berjaya mendapatkan nombor telefonnya dan menghubunginya terus melalui aplikasi Whatsapp.
“Sedangkan nombor telefon saya itu baru dan tidak ramai orang tahu melainkan kawan dan keluarga. Ini WhatsApp dia, sangatlah delusional. Nak lindungi saya daripada apa? Dia siap bagi alamat rumah dan nombor telefon ayah dia, suruh saya jumpa. Seolah-olah macam saya dah bersetuju untuk berkahwin dengan dia. Delusional teruk.
“Saya WhatsApp ayah dia dan ceritakan satu persatu apa yang dia buat. Ayah dia memahami dan minta maaf bagi pihak anaknya. Gangguan akhirnya berhenti sekejap, ingatkan akan berhenti selama-lamanya.,” cerita Fakhri mengenai kisah yang berlaku pada dirinya itu.
Dikatakan, wanita itu turut pernah mengganggu dirinya dengan berani datang ke pejabatnya ketika majlis rumah terbuka hari raya diadakan di tempat kerjanya.
“Dia ikut saya ke mana-mana sebab nak bercakap. Dalam enam jam dia sanggup duduk dan tunggu. Sampai saya terpaksa bersembunyi dalam tandas, gila weh psiko.
“Kemudian pada 2 Oktober tahun lalu, saya adakan kelas ayat Kursi dan saya rasa tak sedap hati. Jadi saya minta penganjur periksa nama dia. Rupanya dia berdaftar untuk kelas fizikal. Saya minta mereka batalkan tapi dia tetap datang walaupun tak diundang,” katanya.
Oleh kerana wanita itu masih tetap berdegil mengganggunya dan ingin menyertai kelas tersebut, Fakhri terpaksa mengawal perasaan dan bercakap seperti tiada perkara yang berlaku selama tiga jam kerana individu itu berada di hadapannya.
“Sampaikan bila habis kelas pun saya terpaksa balik terus, tak sempat berbual dan bersoal jawab dengan peserta. Namun dua hari kemudian, wanita itu datang ke pejabat untuk berjumpa saya.
“Kali ini lebih agresif sampaikan hempas pintu depan orang ramai. Selepas itu, duduk di kawasan kakitangan untuk tunggu saya di situ. Sangatlah psiko ya perempuan ni.
“Jadi sekali lagi saya terpaksa memaklumkan kepada ayahnya dan dia sangat marah apabila ayah dia datang untuk membawa dia balik. Ayah dia berulang-ulang kali minta maaf kepada saya. Saya cakap terus yang saya tak marah pun ayah dia. Ini ujian dia sebagai ayah tapi saya minta supaya kawal,” luahnya lagi.
Ekoran kejadian tersebut, laporan polis telah dibuat bagi melindungi dirinya dan orang sekelilingnya.
Hal ini demikian kerana wanita itu telah mengganggu secara fizikal dan trauma apabila hendak ke mana-mana dan difahamkan wanita itu siap ugut mahu mengganggu keluarganya pula.
Meninjau di ruagan komen, warga netizen menyarankan agar wanita itu segera dibawa ke psikiatri dan mendoakan agar urusan Fakhri dipermudahkan olehNya.
Antara komen netizen:
Ciapan Twitter yang tular: