Majlis perkahwinan merupakan salah satu momen penting dalam kehidupan setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bersama-sama.
Oleh itu, amat penting bagi setiap pengantin memastikan agar majlis mereka berjalan dengan lancar.
Namun lain pula dengan kisah pengantin ini apabila seorang wanita turut mengenakan busana putih dan duduk berhampiran dengan pengantin membuatkan orang ramai berasa geram.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh @nadzeerasari itu, dia dilihat sedang duduk berdekatan pengantin perempuan yang turut menggayakan busana putih sehingga dia dituduh sebagai perosak majlis.
Berdasarkan laporan MStar, dia menyatakan bahawa dia peka dengan kecaman dan kritikan netizen setelah video tersebut telah meraih lebih 600,000 tontonan di laman sosial berkenaan.
Difahamkan, dia menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk merosakkan majlis, malah pemakaian baju putihnya itu turut diizinkan oleh pengantin itu sendiri.
“Kejadian berlaku ketika wedding sepupu saya minggu lepas. Masa tu kawan saya yang jadi jurusolek pengantin. Saya tak sangka akan terpilih baju warna sama. Saya ingatkan sanding biasa. Biasa sanding orang pakai baju warna lain.
“Ketika sedang mekap, pengantin cakap yang baju dia warna putih. Saya memang tak standby baju warna lain. Saya tanya pengantin, macam mana ni? Dia kata tak apa. So kita dah setuju dengan pengantin dan terus go on,” terangnya.
Tambah Nadzeera, ibu pengantin juga menyuruh dia menemani mempelai ketika acara itu dan langsung tidak timbul sebarang isu berhubung pakaian rona serupa.
“Awalnya saya pun tak nak turun untuk sertai majlis. Tapi mak pengantin yang tarik saya. Dia suruh teman Nina (pengantin). Saya macam, alamak, macam mana, baju sama ni?
“Mak pengantin kata tak apa baju sama. Dah baju sama, kau pergi teman Nina kat belakang. Sebab tu saya duduk dekat pengantin. Tapi kalau perasan dalam video, makin lama saya makin ke tepi,” jelasnya lagi.
Dikatakan, mereka tidak berhadapan sebarang isu sewaktu majlis sedang berlangsung, akan tetapi lain pula reaksi yang diterimanya apabila video tersebut tular di platform berkenaan.
“Masa dekat rumah pengantin tak ada isu pun. Masuk TikTok terus lain penangannya. Bagi saya, tak apalah, kita buat video tu saja untuk kelakar-kelakar je.
“Kita bukan nak sakitkan hati sesiapa. Saya pun dah tanya sepupu, dia okey ke tidak. Yang komen tu lantaklah.
“Nama pun viral dan nama pun netizen. Kecaman mereka saya terima. Tapi memang tak sangka video tu viral dalam beberapa jam selepas dikongsi ke TikTok,” ulasnya lanjut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tindakan wanita itu.
“dah tau tu duduk la jauh sikit 😀 kalau aku dah bengang yg amat ye 😀”
“kalau kena kt aku ni, leh spoil mood aku haritu juga. gn shawl pun mcm veil dh. kot la nk duk jauh sikit cik kak oii 😂”
Video TikTok yang tular: