Ajal dan maut ketentuan Tuhan, rahsia yang tiada siapa pun tahu.
Kehilangan seseorang yang kita sayang dan amat penting dalam hidup kita bukanlah sesuatu perkara mudah dan mampu meninggalkan ‘parut’ yang dalam.
Kita harus cuba sedaya upaya untuk terus kuat demi melangsungkan kehidupan kita dan meredhai pemergian mereka yang sudah tiada.
Baru-baru ini, tular suatu hantaran di laman TikTok yang dimuat naik oleh @hilmiezam yang mengisahkan mengenai sahabatnya yang sedang melalui fasa berduka setelah pemergian kekasihnya.
Menerusi laporan MStar, Hilmi telah memuat naik hantaran berupa foto yang memaparkan keadaan rumah sahabatnya yang berselerakan setelah teman wanitanya dijemput Ilahi 7 bulan yang lalu.
Dapat digambarkan keadaan rumahnya itu seperti isi hatinya yang sedang bergelora dalam keadaan duka mengenang kekasihnya itu.
“Melawat kawan aku yang masuk tujuh bulan single… maaf biar kau sendiri. Ya Allah tak sanggup nak tengok.
“Sebab seorang wanita kau jadi macam ni wahai sahabat. Seolah-olah tiada lagi hati untuk hidup.
“Aku decide nak tolong kemas semua dan suntik semangat untuk dia hidup, arwah teman wanita dia dah tujuh bulan meninggal dunia tapi kawan aku masih tak boleh move on,” tulisnya dalam hantaran TikToknya itu.
Hilmie turut menunjukkan beberapa barangan yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri bagi sahabatnya itu walaupun barang-barang itu berselerakan di merata kawasan bilik tersebut.
“Dia menabung untuk halalkan awak,” tulisnya sambil menunjukkan balang coklat yang dijadikan sebagai tabung duit.
Bukan itu sahaja, dia turut menunjukkan beberapa lagi barangan yang mempunyai kaitan dengan kisah arwah teman wanita sahabatnya itu.
“Dia simpan semua hadiah yang arwah bagi. Patung gajah ni, teman wanita dia yang bagi.
“Helmet motosikal ni yang mereka selalu pakai sama-sama.
“Ini kalendar tapi bukan kalendar biasa-biasa, dia ada bulatkan satu tarikh yang mereka putus hubungan.
“Hari Raya Aidilfitri yang ketiga tahun lepas… tarikh dia meninggal.
“Arwah sempat hadiahkan kawan aku ni sejadah, kain pelikat dan buku panduan solat untuk minta kawan aku belajar solat,” terang Hilmie.
Lantas, Hilmie menunjukkan pula bukti bahawa sahabatnya itu sememangnya sedang meratapi pemergian arwah.
“Penuh kotak tisu atas katil jadi saksi. Sedihnya dia hanya Allah je yang tahu.
“Makan tidur semua atas katil.
“Dulu seorang yang menjaga keterampilan,” ujarnya sambil menunjukkan dumbel yang kebiasaannya digunakan olehnya.
Berdasarkan kapsyen hantaran tersebut, Hilmie sempat memperingatkan orang ramai bahawa hidup ini harus diteruskan walaupun yang tersayang sudah tiada lagi di samping kita.
“Bukan semua kuat untuk terima takdir, tapi kehidupan ni tetap kena teruskan walau pahit untuk ditelan,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen,rata-rata warga netizen memahami perasaan sahabatnya yang mengambil masa untuk ‘move on’ lebih-lebih lagi apabila ditinggalkan kekasih kerana dijemput Ilahi.
Antara komen netizen:
“Ingtkan dicurangi, rupanya lain ending dia.. X kuat la baca citer dia, klau saya jdi dia pun, saya sedih sgt, kehilangan org yg kita syg😭”
“Its not easy nak move on actually 🥺 ytjt how peritnya hilang orang yg kita syg sebab meninggal dunia..apa apa pon berdamailah dgn takdir Allah..”
Hantaran TikTok yang tular: KLIK SINI