Berkongsi rezeki sesama insan merupakan amalan yang sangat mulia malah kita juga diajar untuk beradab dengan insan yang lebih tua dan menghormai antara satu sama lain.
Selalunya kita lihat dimana orang akan bersyukur apabila ada insan yang ingin berkongsi rezeki malah menghargai pemberian tersebut apatah lagi jika pemberian itu daripada kalangan anak muda.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita diherdik gelandangan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mochiesss0, kelihatan seorang gelandangan sedang baring di kaki lima.
Simpati melihat keadaan individu tersebut, seorang wanita turun daripada kereta untuk memberikannya makanan dengan harapan dapat meringankan beban.
Namun apa yang membuatkannya terkejut adalah individu tersebut mengherdiknya sehinggakan dia lari lintang pukang untuk pergi ke kereta menyelamatkan diri.
Tetapi malang tidak berbau, wanita tersebut terlalu takut sehinggakan tersadung kaki sendiri sebelum sampai ke kereta.
Menerusi sebuah lagi perkongsian, wanita tersebut menunjukkan sedikit luka ringan di bahagian kedua-dua tangan dan lutut.
“Niat nak bagi makanan tapi terkejut kita wak” Ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berdekah melihat gelagat wanita tersebut yang ‘buka langkah seribu’ selepas dijerkah individu itu.
Dalam pada itu, netizen juga simpati melihatnya yang terjatuh tersadung kaki kerana terlalu takut ‘diserang’ oleh individu berkenaan.
Antara komen warga maya:
“Makcik t terkejut tu kak.. hahahaha kak patut bagi salam luuu”
“Sorry kak saya ulang banyak kalii.. urat gelak saya dah putus”
“Wehh berdekah aku siakk… hahahaha muka awak pun takut sangat tu”
“Selipar bunyi macam petir dah mana tak bangun”
“Takut member nak buat baik lepas ni”
“Hahahahaha sampai Shah Alam sakit dia yal”
“Jatuh tersungkur tu takleh tahan Hahahahaha”
Video yang tular di laman TikTok:
Adoiii tak tahu nak kesian ke nak gelakk.. akak ok tak tu? hahaha