Connect with us

Viral

Termuntah Dalam Surau, Budak Lelaki Ini Tulis Surat Minta Maaf Buat Ramai Kagum!

Seperti yang kita tahu anak-anak ini ibarat kain putih dan yang akan mencorakkannya adalah ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Iospital phone repair gombak
Terkadang kita juga merupakan cerminan mereka, apa yang kita lakukan, itulah yang akan diikut. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak seorang budak termuntah di dalam surau dan menulis surat permohonan maaf kepada ahli jawatan kuasa kerana termuntah di dalam surau mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Jafri Abu Bakar Mahmoodi, budak itu menulis surat sebagai tanda permohonan maaf kepada AJK surau berkenaan kerana tidak sengaja termuntah.

Bukan sahaja meminta maaf, budak lelaki tersebut juga menyelitkan sekeping duit RM100 kepada pihak surau untuk membersihkan muntahnya.

Menurut adik itu, dia tidak sempat mencuci muntahnya kerana perlu ke sekolah dan kereta ayahnya menghalang kenderaan lain.

“Assalamualaikum pakcik saya menulis surat ini untuk memohon maaf atas kesilapan saya pada 27/1/2023. Saya secara tidak sengaja termuntah di surau” Katanya di dalam surat tersebut.


“Saya mahu membersihkannya tetapi saya tidak sempat kerana saya perlu ke sekolah dan kereta ayah saya menghalang kereta orang lain”

“Masa itu saya tidak sihat kerana keracunan makanan. Saya berharap pihak surau dapat memaafkan saya” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizne memuji sikap budak lelaki tersebut sekaligus kagum dengan hasil didikan ibu bapanya.

“Alhamdulillah, akhlak terpuji anak ini. Moga terus membesar sebagai anak yang beradab, soleh, berilmu & cemerlang dunia akhirat. Aamin” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar orang ramai dapat menjadikan kisah ini sebagai pengajaran dimana perlu bertanggungjawab jika melakukan sesuatu kesalahan sekurang-kurangnya meminta maaf atas apa yang berlaku.

Antara komen warga maya:

“Tahniah kepada ibu bapa anak yang tulus bersih akhlaknya ini..”

“Hasil didikan ibu bapa yang menerapkan agama dan didikan akhlak yang mulia..”


Perkongsian yang tular di laman Facebook:

Continue Reading
Advertisement