Seperti yang kita tahu, wujudnya manusia yang gemar menikmati makanan dengan gabungan yang aneh, dan bagi mereka gabungan hidangan itu serasi dengan selera mereka.
Terdahulu, pernah tular seorang lelaki sedang asyik menjamah nasi putih berlaukkan muffin coklat.
MAnakala baru-baru ini pula, tular sebuah video mengenai seorang penyanyi tempatan dikenali sebagai Tajul, telah meraih perhatian ramai apabila dia menjamah nasi goreng bersama ubat gigi sewaktu bercuti di Thailand.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @icaaeddie2 yang dipercayai isteri Tajul itu, dapat dilihat suaminya itu sedang menjamah nasi goreng yang telah dibungkus.
“Pelik pelik mengidam dia ni,” tulis isterinya di ruangan video berkenaan.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Tajul selamba sahaja memicit ubat gigi di atas sudu lalu disuapkan sekali dengan nasi goreng tersebut.
“Tulunnnnnnn, baru 2 hari dok thailand dah pepelik perangai laki aku ni,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen video yang tular itu.
Min tengok nampak berselera betul Tajul makan nasi goreng lauk ubat gigi, mungkin kena ‘try’ juga nanti ni!
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah berjaya mencecah sebanyak 2.5M tontonan, 129.4K tanda suka, dan 1670 komen di laman platform sosial tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat aksi Tajul yang bersahaja makan ubat gigi bersama nasi goreng itu.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang berkongsikan pengalaman mereka pernah menikmati ubat gigi suatu ketika dahulu.
Antara komen netizen:
“Mesti dia pernah makan nasi goreng betul2 lepas mandi… lepastu teringat lepastu mengidam 😂”
“dio mari dengn makan nasi dengn colgate pulak sobat..auto putih usus kau bang”
“msa preggy aku ska btoi dgn ubat gg.kbetulan time tu ada aiskrim pudina kluar..serbu trus..aku mkn 2 3 mlut ja.lpas tu laki aku yg hbiskn.dy kta sdp😂”
Video TikTok yang tular: