Isu pandu kenderaan lawan arus ini bagai tiada kesudahan. Bila diselidik dengan lebih dalam, rupa-rupanya pemandu berada di bawah pengaruh alkohol.
Kejam dan sangat mementingkan diri sendiri, bukan sahaja ia menyusahkan orang lain malah boleh meragut nyawa insan yang tidak berdosa.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana tindakan berani pemandu kereta jenis Proton Wira memandu secara lawan arus di lorong yang bertentangan di Lebuh Raya Persekutuan cetus kemarahan orang ramai.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter, pemandu berkenaan memandu di Jalan Sunway menghala ke Jalan Klang Lama sekitar jam 3:50 pagi.
Bukan sahaja memandu lawan arus namun kereta tersebut juga memandu dengan had kelajuan yang tinggi malah kedengaran juga pengguna jalan raya yang lain membunyikan hon.
Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daerah Petaling Jaya dalam satu kenyataan meminta jasa baik saksi untuk tampil memberi kenyataan lebih terperinci mengenai insiden berkenaan bagi membantu siasatan dan usaha mengesan pemandu tersebut.
Sekadar info, jika pemandu tersebut disabit bersalah, mereka akan dikenakan hukuman mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana pemandu yang memandu secara melulu dan membahayakan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau deda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 dan hilang kelayakan lesen selama tidak kurang lima tahun.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri bahkan mengundang bahaya kepada orang lain.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular: