Siapa tidak kenal dengan Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin yang juga merupakan influencer terkenal di platform TikTok ni bukan? Sebut sahaja nama usahawan ini, pasti ramai yang terngiang tentang kisahnya yang tertukar bayi setelah bersalin di sebuah hospital swasta Shah Alam 2 tahun lepas.
Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menjadi bualan ramai apabila bergaduh dengan Puteri Sari yang juga merupakan influencer gara-gara ‘duit palsu’ namun pada akhirnya dia mengatakan itu adalah sekadar gimik sahaja.
Tidak habis setakat itu, dia kembali dengan sebuah video dimana menangis apabila rambutnya satu demi satu gugur setelah melakukan ‘bleaching’ di sebuah saloon. Namun ramai diantara netizen yang tidak percaya kerana bimbang ianya hanya sekadar gimik seperti sebelum ini.
Terbaru, kecoh di media sosial dimana Siti berada di hospital dan meminta doa ramai agar dirinya cepat sembuh kerana ingin berjumpa ahli keluarga.
Menjawab persoalan netizen, Siti mendedahkan punca dirinya menerima rawatan kerana adanya benjolan kecil di bahagian belakang leher.
Saringan awal sudah dibuat namun pihak perubatan belum dapat memastikan sama ada ianya gejala barah limfoma ataupun Tibi.
Difahamkan, doktor menjumpai banyak benjolan yang terdiri daripada pelbagai saiz di bahagian berkenaan dan Siti akan menjalani operation untuk mengeluarkan benjolaan berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan agar segala urusan Siti dipermudahkan serta ada juga yang menitipkan kata-kata semangat agar dia terus kuat menghadapi ujian ini.
Bukan itu sahaja, netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir serupa dimana berkaitan benjolan yang ada di badan.
“Macam2 ujian siti semoga siti tenang dalam hadapi ujian”
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan buat Siti”
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular: