Sejak kebelakangan ini ada sahaja cerita yang ‘kurang sedap’ timbul di media sosial berkaitan kebersihan tidak kira lah daripada kedai tepi jalan sehinggalah ke premis restoran terkenal.
Ada yang jumpa lipas di dalam char kuey teow, kain basuh pinggan dalam kuah steamboat, ulat penuh dalam nasi kerabu, terjumpa 2 papan dawai kokot dalam pulut panggang dan bermacam lagi.
Ini sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai bagaimanakah tahap kebersihan sesetengah kedai makan? Apakah penyedia makanan langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan?
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah restoran francais popular di Kota Kemuning diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas didapati kotor serta tidak mematahui prosedur yang ditetapkan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @AfiqShari, difahamkan punca penutupan restoran ini buat sementara waktu dibuat selepas didapati terdapat seekor tikus berada di kaunter restoran tersebut.
Difahamkan, restoran makanan popular ini sudah mempunyai pelbagai kes melibatkan masalah kebersihan sebelum ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen gembira apabila mengetahui restoran tersebut ditutup buat sementara waktu kerana restoran makanan popular ini sememangnya diketahui mengenai kebersihan restorannya yang teruk serta turut mempunyai pekerja yang biadap.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Twitter: