Connect with us

Viral

“Sagat je!” Bina Garaj Atas Laluan Awam Siap Parking Kereta Makan Jalan, Sikap Individu ‘Selfish’ Ini Buat Ramai Geram

Dalam hidup berjiran, isu yang sering berlaku sehingga menyebabkan pergaduhan dan bermasam muka antara satu sama lain adalah isu ‘parking’. Pelbagai gelagat jiran yang dapat kita perhatikan di media sosial.
Iospital phone repair gombak
Ada yang parking di petak parkir orang lain, parkir depan rumah orang, main cop parking menggunakan kon atau pasu bunga, ada juga sehingga menutup jalan sehingga orang awam tidak dapat lalu di lorong berkenaan dan banyak lagi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dengan sikap beberapa jirannya yang membina garaj parkir sesuka hati sehingga ‘mengganggu’ jalan di lorong perumahan yang dihuninya.

Menerusi sebuah perkongsian yang dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, Individu berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar memaparkan situasi di lorong perumahannya yang kelihatan sempit gara-gara tindakan jirannya yang menambah binaan dan membuat garaj kereta di bahagian luar hadapan rumah masing-masing.

“Dekat mana saya nak report kalau jiran macam ni punya hal. Renovation rumah, lepas tu parking pula sampai tak ingat orang. Kita pula nak lalu kena hati-hati.”

“Sepatutnya jenis macam ni tak boleh duduk taman. Kena beli tanah sendiri, buat lot kawasan sendiri,” tulisnya pada hantaran berkenaan.” ujarnya.


Kelihatan beberapa buah kereta turut diparkir di sebelah kiri dan kanan jalan, sehingga menyempitkan laluan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi berkenaan malah ada yang mencadangkan individu tersebut membuat laporan kepada pihak yang berwajib.

“Ini kalau report silap-silap parking depan tu kena roboh sekali ni, kasi report je.”

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui sedang berdepan dengan situasi yang sama dimana memiliki jiran yang mementingkan diri sendiri dan langsung tidak memikirkan orang lain.

“Dekat kawasan rumah aku ni, lorong situ semua pakat buat porch kereta sampai makan jalan. La ni (sekarang ini) pun ada yang tengah nak buat lagi dengan buat bonggol sendiri depan rumah setinggi alam.”

Antara komen warga maya:

“Ini betul2 mentaliti b40 pekat tak campur air..”

“Kalau buat repost majlis silap2 dengan garage depan tu sekali kena sodok”


“Kalau bomba, ambulan dah langgar ni, silap2 kena saman, menghalang laluan kecemasan”


Tekan sini untuk lihat perkongsian yang tular.

Continue Reading
Advertisement