Sebut sahaja tentang Roti Canai favourite rakyat Malaysia ni, pasti ramai yang terbayang akan kelembutan roti tersebut apatah lagi bila makan panas-panas dan ianya juga antara menu yang sesuai dimakan tak kira masa sama ada pagi, tengahari, petang atau malam.
Makanan ini sememangnya digemari oleh semua lapisan umur tidak kiralah tua, muda ataupun budak kecil.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah laman web ulasan makanan luar negara menjadi sasaran kecaman netizen Malaysia apabila pengguna akaun itu didakwa tersilap memberi gambaran dan info mengenai roti canai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @Tasteatlas, dia memuat naik video penyediaan ‘roti canai’ yang jelas kelihatan berbeza daripada yang selalu kita lihat bahkan dia juga memberikan rating sebanya 4.9 untuk hidangan berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang kerana ianya bukanlah roti canai dari segi rupa malah cara penyediaannya juga tidak sama seperti yang ditunjukkan.
Netizen juga menyifatkan hidangan hang ditunjukkan itu lebih kepada roti arab.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter: