Connect with us

Viral

Siap Pakai Bulu Mata Palsu & ‘Nail Art’, Mengemis Di Jalanan Sambil Dukung Bayi Kaku Cetus Pelbagai Persoalan

Apabila seseorang mengalami kesukaran hidup, mereka akan cuba memikirkan 1001 cara untuk meneruskan kehidupan mereka lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai keluarga yang harus ditanggung.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, masih ada individu yang mengambil kesempatan berlakon seperti ‘orang susah’ dan menjadi peminta sedekah untuk mengambil keuntungan wang dengan cara yang cepat.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini di negara seberang, seorang pemandu kereta terkejut apabila disapa oleh seorang pengemis wanita yang gah memakai bulu mata palsu dan kukunya juga telah diriaskan buat orang ramai tertanya-tanya akan keadaan dirinya yang sebenar.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lisadewiwood di laman Instagramnya, dapat dilihat wanita itu sedang mengemis di kereta pemandu tersebut sambil mendukung anaknya yang mengenakan hoodie berwarna kuning.

Namun apa yang anehnya, penampilan wanita itu begitu bersih dan siap mengenakan bulu mata palsu serta kukunya telah pun cantik diwarnakan.

Bukan itu sahaja, pemandu kereta itu turut tertanya-tanya makanan apa yang diberikan kepada anaknya itu sehinggakan anak itu tidak bergerak langsung.

“Kemaren tumben ngeliat peminta minta lagi di lampu merah setelah lama bersih.. langsung menarik perhatian karena penampilannya bersih banget dan dari jauh uda keliatan eyelash extensions nya.

“Jeff nanya ke aku dikasi apa anaknya kok bisa tidur pules gitu ga bergerak,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular tersebut.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa kebiasaannya individu yang mengemis seperti wanita ini mempunyai sindiket yang mengawal mereka.

Ada juga netizen yang meluahkan bahawa mereka berasa sangsi jikalau kanak-kanak yang didukung itu disuapkan ubat tidur ataupun bius.

Antara komen netizen:

“Biasanya ada mobil yg nurunin mereka buat ngemis2 gitu. Saya gak pernah ngasi mreka, Krn badan masih kuat. Dan klu mau kerja yg rajin gak kekurangan lowongan kerja kok… Dan saya sedih banget liat anak2 yg di Gendong2… Kyak nya emang dikasi obat biar tidur dan lemes terus.”

“Banyak rumor beredar, kalo anak2 KY gitu anak sewaan dan dikasi obat bius biar tidur terus 😢”


Video yang tular:

Continue Reading
Advertisement