Tidak dinafikan, apabila seseorang itu memegang jawatan yang tinggi ataupun ‘ada nama’ tidak kira lah dalam dunia seni ataupun dunia politik, sudah pasti apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai malah ada juga yang seakan mencari ‘point’ untuk menyalahkan mereka.
Sama juga dengan apa yang berlaku pada salah seorang wakil rakyat iaitu YB Zahir Hassan apabila ada seorang individu mengaitkan wakil rakyat bagi kawasan Wangsa Maju itu dengan isu parkir kereta Mercedes-Benz ditepi jalan yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @Akmal Hakim di laman Twitter, individu tersebut meminta YB Zahir memberitahu pemandunya untuk meletakkan kereta di tempat parkir yang sepatutnya dan memintanya jangan membuat ‘perangai’ seperti parti pembangkang.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah YB Zahir membalas ciapan itu secara bersahaja bercampur ‘sarkastik’ kepada individu tersebut.
“Sorry-sorry saya call driver saya sekarang! Confirm salah kereta itu! Saya tak pernah pakai kereta Mercedes lagi sepanjang saya hidup. Wangsa Maju P.116 untuk makluman tuan,” petik ciapan YB Zahir.
Ciapan balas wakil rakyat itu membuat netizen geli hati kerana terang-terang pada lambang ‘Ahli Parlimen Malaysia’ itu tertulis P166, bukan P116. Namun individu itu tetap mengaitkan isu berkenaan dengan wakil rakyat Wangsa Maju tersebut.
Walaupun ciapan asal sekadar menjadi ‘hiburan’ buat wakil rakyat P116 (Wangsa Maju) itu, namun ada segelintir netizen yang berharap agar perkongsian itu dipadam kerana akan menjadi kekeliruan pada mereka yang tidak tahu membezakan bahawa ianya hanyalah content.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Twitter: