Connect with us

Viral

“Makan duit haram” Dah Buat Bayaran Penuh, Mark Adam Berang Kontraktor Cabut Lari

Isu scam bukanlah satu perkara yang baharu memandangkan pelbagai kejadian yang dapat kita lihat di media sosial bahkan penipuan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk contohnya melalui panggilan telefon, pukau, transaksi atas talian dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Terdahulu kecoh di media sosial dimana pelakon iaitu Amyra Rosli di Scam oleh sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan pengubahsuaian rumah ibu dan bapanya.

Lebih teruk, dia telah membuat bayaran lebih RM240,000 dan ralat dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit.

Terbaru, tular dimana isteri kepada penyanyi Mark Adam, telah menyuarakan kekecewaannya apabila projek rumah yang dibina untuk ibu bapanya ditinggalkan terbengkalai oleh pihak kontraktor.

Menurutnya, pihak kontraktor itu tidak menepati janji mereka untuk menyiapkan rumah pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum mereka menghilang.

“Dekat dunia kau boleh terlepas, dekat akhirat kau menjawab.”

“Kau tahu niat aku bina rumah ini untuk mak bapak aku biar merasa duduk selesa, dan kau dan berjanji demi tuhan akan siapkan. Tiba masa kau tipu.”

“Tidak apa, kau boleh lari, lari jauh-jauh. Demi Allah, aku tak akan halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan.”

“Makan duit haram ibarat kau makan daging ba*i. Jadi kau bagilah anak bini kau makan daging ba*i. Semua hitam putih aku ada,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Difahamkan projek tersebut bermula tiga bulan lalu dan pasangan ini sudah membayar jumlah penuh bagi projek tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab malah memilih untuk menipu.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar mark dan isteri kekal kuat dan tabah menghadapi segala ujian ini.

Antara komen warga maya:

‘Viralkan je nama syarikat contractor tu..”

“Sebab tu kalau nak buat apa-apa kena ada hitam putih..”


“Memang banyak contractor macam tu, kena hati2”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NR (@norazzaredz)

Continue Reading
Advertisement