Bagi yang sedang hamil, sudah pasti mereka akan melakukan apa sahaja demi melihat anak mereka sihat kelak bahkan orang dulu-dulu pernah berpesan agar tidak melakukan sebarang aktiviti lasak demi kebaikan kandungan.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna jalan raya yang dilihat membuat isyarat tulisan di begnya telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @sycheesy, kelihatan sepasang suami isteri sedang menunggang motosikal di atas jalan raya menuju ke sebuah destinasi yang tidak diketahui.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah pasangan ini menampal sebuah nota di bag galas yang dipikul isteri. Dalam nota tersebut, dia meminta agar pemandu di belakang dapat memandu dengan perlahan atau memotong mereka secara zig-zag.
Hal ini kerana isterinya itu sedang sarat mebgandung dan harus lebih berhati-hati menunggang motorsikal agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya sungguh besar sekaligus mendoakan agar pasangan ini diberikan rezeki yang melimpah serta dapat mempunyai kereta sendiri.
“Kasihan tengok, semoga dilimpahkan rezeki buat pasangan ini” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan suaminya yang sangat menjaga isteri apatah lagi ketika sedang sarat hamil.
Antara komen warga maya:
“Suami aku juga macam ni.. jasa ibu bapa”
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.7M tontonan, 62.4k tanda suka, 90 komen, 965 simpanan dan 151 perkongsian di aplikasi TikTok.
Apa-apa pun, kita sebagai masyarakat bersatu padu perlulah bertolak ansur antara satu sama terutamanya terhadap mereka yang kurang upaya, warga emas dan juga wanita hamil. Semoga setiap daripada kita dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.