Lumrah menjadi anak seni, pastinya akan menjadi perhatian ramai bila di luar apatah lagi jika ianya merupakan penyanyi nombor satu Malaysia.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi yang mempunyai suara yang lunak dan merdu iaitu Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih senang disapa TokTi ini.
Bukan sahaja penampilannya yang sopan dan cantik malah TokTi juga merupakan artis yang kurang terpalit dengan kontroversi dek kerana sikap murninya. Jadi tidak hairan lah dia kini menjadi penyanyi kesayangan rakyat Malaysia dan mempunyai peminat fanatiknya yang tersendiri.
Baru-baru ini Tokti mendedahkan dirinya tidak yakin untuk menggunakan bahasa Inggeris ketika berbual dan akui itu salah satu kelemahan buat dirinya.
Menurutnya, kebolehan untuk fasih dalam bahasa inggeris memerlukan keyakinan diri yang tinggi serta latihan yang berterusan kerana baginya tatabahasa serta struktur ayat yang betul memainkan peranan penting untuk berbicara.
Saya memang kurang yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Tapi apabila saya berada di luar negara atau berada di kalangan orang yang tidak menghakimi, saya boleh sahaja.
Bukan itu sahaja, TokTi juga memaklumkan antara sebab lain dia kurang yakin untuk menggunakan bahasa Antarabangsa adalah kerana faktor persekitaran dimana dia dibesarkan dalam keluarga yang bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
Pun begitu, pelatun lagu Nirmala ini tidak memandangnya sebagai satu halangan untuk dirinya terus berjaya dan mendalami Bahasa Inggeris dengan baik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan kenyataan TokTi dimana rasa kurang yakin itu hadir apabila kita dikelilingi orang yang suka ‘judge’ antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan cara TokTi yang langsung tidak malu untuk berkongsi kelemahan diri bahkan mempunyai azam untuk terus berjaya.
Antara komen warga maya:
“Sebab orang kita selalu mengejek kalau salah atau bunyi pelik”
“Sebab kalau kita cakap BI dikalangan kita ni, salah sikit orang kita suka nak koncem dan gelakkan”
“Bila dengan orang kita payah sikit sebab orang kita suka rendahkan orang lain..”
Video yang tular di laman TikTok: